Assalammualaikum wbt...
sekarang ni ramai orang yang terlalu berfikiran mengikut logik ...dan makin ramai yang gagal untuk jadi kreatif dalam hidup...
contohnya hidup sebagai pelajar..student universiti..jarang sangat yang jadi kreatif.. yang nak main2 dengan experimen.. semua nak kena ikut lab manual..
bak kate sorang dak master yang saya sangat suka ni...
" you must think outside the box.. x kira la.. atas ke, depan ka, tepi ka..bawah kotak ka.. asal jangan dalam kotak tu... kalau boleh baling ja kotak tu jauh2.. berani cuba ..berani tukar"
"maceh kak weng!!" love her soo much!!
fikiran logik ni biasanya berguna untuk benda yang sudah ada..yang dah memang wujud...
so kreatif ni vise versa la..kreatif ni untuk benda bukan wujud,..tetapi kita cuba untuk wujudkan..okay..faham?
camna nak jadi kreatif...
saya ada baca satu artikel dalam majalah solusi arini...cara-cara nak jadi kreatif..
first..kita ikut or contohi ciri-ciri orang yang kreatif. apa ciri2 orang yang kreatif? biasanya orang camni orang yang ada macam2 idea-idea menarik yang tak pernah kita fikir, tidak terkongkong..dan takut nak hadapi masalah..istiqamah dalam pape pun and ofcourse lah berani nak meghadapi risiko..imaginasi yang tinggi...
jadi?? saya tanya kat diri sendiri.. berani ka saya??
second..cuba buka minda...jangan mentah2 tolak idea orang tanpa berfikir..jangan cepat menghakimi orang lain tanpa tahu siapa dia sebenarnya...jadi cuba buka minda.. jangan tutup untuk satu benda sahaja..
ketiga.. berfikir gila-gila...bukan jadi gila tau..tapi gila2..camna tu ek? contoh?? alexender graham bell.. orang pertama yang cipta telefon..time dia tu mesti orang cakap dia gila kan?cakap dengan wayar.. jauh plak tu.. x ka gila. tapi idea itu tak gila...ia adalah idea gila-gila.. dan hari ni kita duk guna ja telefon tu.. even kat mana2 pun ada orang guna telefon.. gila ke gila-gila?
banyak lagi cara-cara nak jadi kreatif tapi saya kena stop sini dulu.. nak sambung buat assignment advance microbe.. moga-moga boleh jadi kreatif dalam reka experiment baru..heheheh.. baik stop sini dulu...
sekian wassalam...