Friday, December 09, 2011

:: Alhamdulillah.. sudah S.E.T.T.L.E ::

Assalamualaikum wbt... busy lagi.. mungkin blog ni kena tutup kejap sebab empunya blog dah xda masa nak jenguk..heheheh

sudah settle semua..dari test2 yang banyak ke assignment2 yang kena siapkan.
alhamdulillah..syukur.. 5 subjek untuk satu sem ditambah dengan final year projek..
ye..dah tahun akhir rupanya..lagi satu semester untuk diharungi..=) senyum.

proposal dah siap present, sample dah siap kumpul, dah siap..dari Institut Jantung Negara..jauh tu..
cuti sem ni x dapat balik..err.mungkin balik kejap lepas final exam..kejap ja prof..x lama..kejap ja rindu kat family nun jauh di kelate ^^ sambil buat muka merayu2..pastu sambung buat molecular work..
main2 dengan gene.

saya punya gene namanya G894T polymorphism of eNOS gene..ada kat patient Congenital heart Disease tapi saya amik yang special punya defect.. ventricular septal defect ^^"
orang lain kebanyakan FYP guna tikus or microbe or fungi or cell culture... saya punya x nampak..
tapi boleh main2 dengan DNA..semoga dipermudahkan..



Allah memberikan hikmah (kebijaksanaan atau ilmu yg bguna) kpd sesiapa yg dikehendakiNya. Sesiapa yg diberikan hikmah itu, maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yg byk...
(Al-Baqarah 2: 269)



p/s: sedang baca kitab cinta by Hilal Asyraf n menatap online manga..kejap ja.. bak kate kawan "bagi penghargaan kat diri lepas penat jawab soklan exam ^^! "


Sunday, December 04, 2011

:: B.A.P.A diusia 22 tahun ^^" ::

Assalamualaikum wbt..

menjadi bapa dan ibu di usia 22 tahun..
si bapa di Jepun si ibu di Malaysia =)
Alhamdulillah.. lahir anak pertama mereka.
comel!! sgt2.. Tahniah.
Si bapa tak dapat study time si ibu bersalin
sebab jauh di negara matahari terbit..
dapat tengok anak dari jauh.
syukur alhamdulillah.



semoga mereka bahagia.
semoga dirahmati.
semoga mendapat barakah.
semoga menjadi yang solehah


p/s : ingin menjadi ibu ^^"



Friday, December 02, 2011

:: R.I.N.D.U ::




" semoga Allah menjaga hati ini..amin "



‎"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.. " [2:45]
♥ utk dpt pertolongan Allah, kita perlu sabar, dan utk bersabar itu sendiri, kita memerlukan kekuatan dan pertolongan dari Allah ♥
credit to : chah AAJ 




Wednesday, November 30, 2011

:: tangan B.E.R.B.A.L.U.T ::


Assalamualaikum wbt..alhamdulillah..masih dapat bernafas.. ^^"


p/s :: tangan kiri berbalut sekejap.. bandage hitam, buat sdri sebab dah lewat nk p kelas. tapi dah ok.. terkepit tangan kat pintu rumah 

" kadang2 Allah bagi kita ujian simple untuk kita kira pikir balik apa dosa yang telah kita buat...." senyum sambil menanges menatap tangan yang lebam ^^
banyak sangat merungut kebelakangan ni...patot la...hehehehhe

"semoga diampunkan dosa dan diberi keteguhan iman..insyaAllah"



Saturday, November 19, 2011

:: S.U.K.A.R.E.L.A.W.A.N ::



Assalamualaikum wbt.. Kepada kawan2 yang dihormati~
sedikit perkongsian disini ^^


Yayasan Nurul YaQeen adalah yayasan under TPM kita.. Yayasan ini menuguruskan satu projek Hati Nurani iaitu Projek Sekolah Dalam Hospital (SDH) di bawah naungan Puan Seri Nooraini iaitu isteri TPM kita..dan projek ini memerlukan sesiapa sahaja yang sukarela tanpa bayaran untuk menjadi sukarelawan untuk projek ini:)


Apa projek SDH? : satu projek menubuhkan fasiliti sekolah di dalam hospital khas untuk pesakit bawah 17 tahun yang duduk lama di hospital (lebih 2 minggu) agar tidak tercicir dalam pelajaran.

Hospital terlibat:


-Hospital serdang,UPM
-HKL
-Hospital Ampang


siapa terlibat:

- Yayasan Nurul Yaqeen(YNY)
-Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
-Kemeterian kesihatan Malaysia (KMM)
-sukarelawan (kita!)


sumbangan:

-YNY- mencari sukarelawan
-KPM-menyediakan guru untuk mengajar kanak2 ini
-KMM- menyediakan doktor2 dan nurse..sedia perkhidmatan rawatan


bagi yang berminat untuk menjadi sukarelawan, tugas sukarelawan adalah :

- menceriakan kanak2
-berkawan dengan mereka
-memberi motivasi dan semangat(layan macam adik sendiri)


siapa boleh mohon?

-sesiapa sahaja yg ingin membantu mereka x kira student UPM atau x.
-perlu pergi training dan taklimat (tarikh akan diberitahu kemudian) di hospital
serdang. -WAJIB!!!
-isi borang pada sesiapa yang berminat.
-tiada sijil, merit, @ upah
-kerja mungkin untuk satu jangkamasa yang panjang


:: kawan2..jom join sapa berminat..yang berminat boleh minta borang dengan saya..saya akan emel. Sila bagi emel pada saya. janna_muhamad@yahoo.com .Terima Kasih :)



“Apabila seorang Islam melawat saudaranya yang sakit, dia sebenar telah melabur buah-buahan syurga sehingga dia kembali” [Hadith Riwayat Muslim].


p/s :: dan jgn lupa Rasulullah juga sangat kasihkan kanak-kanak.

Wednesday, November 16, 2011

:: Wordless Wednessday #18 ::

Assalamualaikum wbt



smile  ^^"


:: kubur masing2.......A R.E.M.I.N.D.E.R ::




p/s: buat mereka yang ingin berkata 
"nanti mati kubur masing2 dan x menyusahkan orang, jadi jangan sibuk jaga tepi kain orang.." 

tapi hakikatnya mane bole ckp mcm org xde agama. Kubur masing2,tp harus diingat,kita mati nanti bukan kita yg uruskn jenazah kita sendiri,tp org sekeliling kitalah yg akn menguruskan smpailah kita masuk dlm liang lahad nanti. Astaghfirullahal'azim.. Ingat,Allah tu maha Kuasa.
-Dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali-



tapi yg korek kubur kau bkn kau.
tapi yg mandikan kau bkn kau.
tapi yg kafankan kau bkn kau.
tapi yg solatkan kau bkn kau.
tapi yg bawak ke kubur kau bkn kau.
tapi yg kebumikan kau bkn kau.
tapi yg baca talkin bkn kau.

kau hanya sekujur tubuh tak berguna.
kau hanya satu jasad yg bakal mereput.
kau hanya objek berbungkus dalam tanah.

tubuh kau bkn hak kau.
siapa kau nk tayang kt orang.
kalau kau sedar diri kau cantik,kau patut bawa org puji pencipta kecantikan kau.
bukan berbangga dgn hasil yg bukan kau punya dan bukan kau cipta.




sumber : dari kawan kepada kawan ^^" terima kasih kerana mengingatkan. (Okayama-shi)






Sunday, November 13, 2011

:: adik dan S.T.O.K.I.N.G ::

Ada satu kisah. Time jalan-jalan kat bandar Kota Bharu, Bandaraya Islam. Disebabkan hari dah tengahhari dan cuaca sangat panas maka berhentilah sorang kakak ni kat satu kedai sambil menyejukkan diri dengan aircond kedai tu.Kakak tersebut berdiri disuatu sudut kedai kain tersebut, sambil mengeluarkan handsetnya.Butang handset ditekan. Dalam pada masa yang sama, ada seorang ayah dan anak perempuan kecil, berumur dlm linkungan 2-3 tahun (comel), melintas depan kakak tersebut. 


" adik..tengok kakak tu..ayah nak adik jaga macam dia, pakai stoking "  kata si ayah kepada si anak.

si anak membalas "kenapa kena pakai stoking ayah? "

" sebab kaki tu adalah aurat perempuan. Adik kena tahu tu... nanti ayah belikan adik stoking nak? "  jawab si ayah.


" dapat pahala tak ayah? adik nak kumpul pahala banyak-banyak..nanti dapat jumpa ibu kat syurga" si anak bertanya.

si ayah tersenyum sambil memimpin tangan anaknya.



p/s : best dapat tengok keadaan sekitar..kadang2 tu banyak benda menarik kalau kita berhenti sambil mengamati keadaan yang berlaku dekat2 dengan kita.Fikir dan ambil iktibar.Bahagia kan kalau dapat family macam ni.. dari kecik diajar tentang adab2 menjaga aurat. Tersenyum ^^"

" Ya Allah, kau jadikanlah keluargaku keluarga yang mengamalkan setiap ajaranMu, keluarga yang mampu bertemu disyurgaMu nanti.Amin "



Wednesday, November 09, 2011

:: B.A.S dan budak kurang matang ::

Assalamualaikum wbt..




" adik.. tolong bukak pintu bas tu..ada org nak masuk"
 kata pakcik bas yang tengah syok lepak kat belakang bas

"baik pakcik"
kata budak tersebut yang dah buat muka excited sambil pergi kat tempat pemandu. tension punya pasal la ni..dah start dah perangai budak kurang matang dia..hehehhe

"pak cik..camna nak bukak?"
sambung budak tersebut sambil tercari2 butang pintu..

"tekan butang yang ada anak panah tu.. nanti pintu tu terbukak la"
kata pakcik bas sambil tersenyum tengok budak kurang matang tersebut.

butang ditekan...pintu bas terbuka secara automatik...

"wooo...pintu terbukak la pakcik"
kata budak tak tahu malu tersebut.

" pandai2 "
kata pakcik bas sambil tergelak.

yeay!! bas dah datang..bas dah datang...excited tengok bas datang..hehehe


p/s : errr... berharap pakcik tu tak tahu yang budak tu adalah pelajar tahun 4, ijazah Bioperubatan ^^!

"kadang2 jadi kanak-kanak riang itu menarik..yup sgt menarik.. at least tekanan & bebanan final year projek dapat dilepaskan dengan cara yang positif.. opppss... cara paling baik ada lagi!! istigfar banyak2 dan ikhlaskan diri, selalu dekatkan diri dengan perkara2 baik.. insyaAllah tekanan tu dapat dikurangkan.. kan? sini dah magrib... pergi surau jom!! kita release tension ^^   "

Tuesday, November 08, 2011

:: kenapa diciptakan NERAKA? ::

Assalamualaikum..
salam Aidiladha dan salam tersenyum buat semua.. ^^

"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" kata seorang gadis.


"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"



Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? 




Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun menjelaskan...

"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.


"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

 Gadis tu terdiam...





p/s :  teringat kata2 ustaz time amik bahasa arab form 3 dulu "man jadda wa jada"... sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh dia akan mendapat hasilnya.. so.. sama2 kita kejar syurga.. =)


Thursday, November 03, 2011

:: si penakot air ^^" ::

si penakot air
lagi2 kalau sungai or laut..
macam2 pikir
kluar naga la..
ikan jerung la..
Loch Ness monster la..
buaya la..

memang fobia
tapi ...
time pesta konvo UPM
ada kayak kat tasik..
kawan ajak..
jadi..




nasib baik tak jatuh...
xda nampak kelibat buaya..
hehehhe..best rupanya..^^"
si penakot air


p/s : ada bdak 1st langgar kayak kami..diorang ingat ktorg bdak skolah menengah datang main kayak ^^"



Wednesday, October 26, 2011

:: ketawa & menangis kerana M.A.R.L.E.Y ::

Assalamualaikum wbt...

aritu time Big Bad Books punya sales ada beli buku MARLEY tapi bukan BOB MARLEY yang pakai cap pelangi tu ya...ni pasal Marley the dog by John Grogan ..ni cover page dia...comel x?




haaa...tu la Marley. Seekor Labr Retriever..comel sgt!! rasa macam nak peluk tak mau lepas2 ^^".  sepanjang baca buku ni satu ja saya buat..gelak tak berenti. Kawan kate saya dah macam orang gila. Mengadap novel omputih tapi gelak macam baca manga..heheh. mane tak nya, setiap page ada ja benda pelik yang marley ni buat.. telan rantai tuan dia la,berak dalam laut la,kejar anjing lain, makan stoking la... sebabnya Marley ni anjing yang selalu misbehave.Tapi tuan diorang tak penah marah.. because He's Marley as himself...sgt comel and memang ketawa ni tak berenti dan cerita ni adalah Real story, bukan fiksyen.





ni tuan punya buku bersama buku nya. Actually buku ni diubah suai untuk kanak-kanak. Sebab dia guna simple English. Disebabkan saya adalah seorang "kanak-kanak" berumur 21 tahun plus saya malas nak baca buku yang complicated so, this is my best choice..nak improve proper english.  Tak semestinya beli buku English tebal2 yang ayat macam nak buat teater muzikal kan? sambil menyelam minum air.. sambil gelak sambil belajar English . "mantop2" bak kata kawan ^^"




ending dia, saya menangis sampai merah mata ya..Orang lain baca novel cinta konpem nangis (saya tak tahu perasan baca novel cinta ok, x da pengalaman...kih3 )..tapi saya baca novel pasal anjing bley nanges. Teruk jgak la..segan nak cakap tapi page last tu basah la dgn air mata pure keluar dari lubuk hati ni..chewaaahh.. reason dia? baca sendiri la ek..


 p/s : Marley ni hidup sampai 13 tahun ^^" lepas ni khatam baca buku pasal 10 most endangered animal!! yeay!! skema kan..kih3~

Tuesday, October 25, 2011

:: A.N.A.K ::



anak..
teringin nak ada sorang..
insyaAllah..
ada jodoh
kawen nanti.
dapat anak..
kalau perempuan..
nama HAWA
kalau laki
ADAM
paling penting..
semoga 
dapat anak
SOLEH
insyaAllah

p/s: satu rumah dah sibuk cerita nak kawen dapat anak semua...sabtu ni sorang lagi kawan bakal bertunang.. ktorg buat rombongan p sana Johor..mane la tahu...lepas ni giliran kami plak...^^:"

Thursday, October 20, 2011

:: G.E.M.I.L.A.N.G ::



Saya 
sayang
Malaysia
saya..

tapi..
saya 
lagi 
sayangkan 
agama 
saya..
ISLAM

jom 
jaga 
Akidah
sesama
kita


p/s : HIMPUN..let's gather there ^^"

Sunday, October 16, 2011

:: senyum tu S.E.D.E.K.A.H dik ^^" ::

Assalammualaikum wbt...

vacuum..vacuummm... berhabuk sket blog cikai ni.. err... syukur..minggu yang tambah2 busy dengan test2 yang tiptop punya soklan SAQ ( super abnormal Question) ngn FYP abstract ngn propasal kena hantaq lepas midsem break..fuuhhh...x bley mengeluh.. tu semua ujian tu.. syukur la ya dak kecik  sebab kome masih bernafas kat bumi tuhan ni..Alhamdulillah.. back to the future..silap..back to the title... "senyum tu S.E.D.E.K.A.H dik" 


2, 3 minggu sebelum ni banyak duk sibuk berulang alik ke makmal, fakulti, lecture hall, tutorial room, library dan tak ketinggalan exam hall..jadi banyak la bertentang mata mahupun "bertentang bahu" dengan adik2...hehehe..super duper, triple senior sudah rupanya saya ek.. ^^" ...  tapi sayang..adik2 skang ni x bley senyum sgt dah.. at least kalau "bertentang bahu" ngan akak senior yang kecik sama tinggi dengan tong sampah hijau ni.... x nak mintak maaf pun tak kesah.. at least "Senyum" dik ... x kira la tu senior ke, akak kiosk ke, macik cleaner ke...senyum ya... senang hati orang tengok  ^^" ... akak sampai dah nak langgar tiang pun adik2 buat x tahu.. sian kat tiang tu dik....malu..sebab akak hampir nak cium diorg..hehehehe



ni tuk cik bulan...citer sal stoking busuk heheh


teringat dulu..time first masok UPM ni.. freshie lagi... kalau jalan ke fakulti mmg x lekang la ngn senyum la..kalau bley kat, meow, tong sampah hijau ngn tiang sepanjang "bridge of fame" ke fakulti tu skali nak bagi senyum paling manis ^^! ..mode mengarot sila abaikan senyum tu kan sedekah..


p/s :
hehehh jadi.. senyum ya dik bak kate prof saya..
"generasi Y.. nmpak lecturer pun bkn nak senyum.."

jawapan ktorang senang ja
" prof nampak macam 1st year sebab tu diorng tak senyum"


psssttt :: to red blog gitar puteh... thanks sebab suka dengan komen tu..
to uncle brutal solo... hehehhe... deal haritu on lagi tak..nak masok minang adik uncle ni...^^" 







Saturday, October 08, 2011

:: Big Bad Book Sales!!! ::

Assalamualaikum wbt... short entry here... 
Alhamdulliah..walaupun masing2 dah busy dengan projek akhir tahun tapi ktorg masih sempat curi2 masa pergi beli buku....pesanan saya
"sila beli banyak2 ^^""
buku murah!! dapat beli 6 buah buku dengan harga RM 45..berbaloi-baloi sgt...
jom kita layan gambar nak?

11 am...baru sampai dah kena beratur...



beli buku banyak2..bagi buku kat bawah ni sebagai hadiah...comel x? errrr

      





kami membaca sementara menunggu shuttle bus datang..baik kan?? hehehhe




 kate kawan " live your life to the fullest.....jom release tension dengan baca buku!!"




p/s : sales ni kat MAEPS Serdang.. sila datang..satu dewan penuh dengan buku... rugi tak dtg... hard cover books dengan harga RM8..heheheh...alhamdulillah..at least ada jugak terisi masa dengan baca buku kan?



Monday, October 03, 2011

:: tulis dengan P.E.N.S.I.L ... pemadam kasi kat D.I.A. ^^" ::

Assalamualaikum wbt..

maaf ya tak dapat jenguk2 rakan2 blog... semester yang sangat busy dan errr...tak teratur.. insyaAllah ada masa nanti SS cuba jenguk2 korang.. gomen nasai !!T.T~  post kali ni saya nak share satu phrase yang sgt comel.... kawan yang bagi..



Tuliskan rancanganmu dgn pensil kemudian serahkan pemadamnya kpd Allah. 

Izinkan Allah memadam bahagian yang bukan ditakdirkan untukmu dan menggantikannya dengan rancangan yang lebih baik. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita. Yang lebih baik untuk kita, mungkin bukan seperti yang manusia sangka. Selalu ada hikmah di sebalik rancangan yang Allah siapkan khas untuk kita, hambaNya yang beriman....








credit to : sis iziani ^^" gud luck utk midterm exam ya..insyaAllah

Friday, September 30, 2011

:: i L.O.V.E you mommy ::

This is a Story...



Hi, Mommy....I'm your baby. You don't know me yet, I'm only a fewweeks old. You're going to find out about me soon, though, I promise.Let me tell you some things about me. My name is John, and I've gotbeautiful brown eyes and black hair. Well, I don't have it yet, but Iwill when I'm born. I'm going to be your only child, and you'll call meyour one and only. I'm going to grow up without a daddy mostly, but wehave each other. We'll help each other, and love each other. I want tobe a doctor when I grow up.





You found out about me today, Mommy! You were so excited, you couldn'twait to tell everyone. All you could do all day was smile, and life wasperfect. You have a beautiful smile, Mommy. It will be the first face Iwill see in my life, and it will be the best thing I see in my life. Iknow it already.

Today was the day you told Daddy. You were so excited to tell him aboutme! ...He wasn't happy, Mommy. He kind of got angry. I don't think thatyou noticed, but he did. He started to talk about something calledwedlock, and money, and bills, and stuff I don't think I understandyet. You were still happy, though, so it was okay. Then he didsomething scary, Mommy. He hit you. I could feel you fall backward, andyour hands flying up to protect me. I was okay... but I was very sadfor you. You were crying then, Mommy. That's a sound I don't like. Itdoesn't make me feel good. It made me cry, too. He said sorry after,and he hugged you again. You forgave him, Mommy, but I'm not sure if Ido. It wasn't right. You say he loves you... why would he hurt you? Idon't like it,

 Mommy.Finally, you can see me! Your stomach is a little bit bigger, andyou're so proud of me! You went out with your mommy to buy new clothes,and you were so so so happy. You sing to me, too. You have the mostbeautiful voice in the whole wide world. When you sing is when I'mhappiest. And you talk to me, and I feel safe. So safe. You just waitand see, Mommy. When I am born I will be perfect just for you. I willmake you proud, and I will love you with all of my heart.I can move my hands and feet now, Mommy. I do it because you put yourhands on your belly to feel me, and I giggle. You giggle, too. I loveyou, Mommy.




Daddy came to see you today, Mommy. I got really scared. He was actingfunny and he wasn't talking right. He said he didn't want you. I don'tknow why, but that's what he said. And he hit you again. I got angry,Mommy. When I grow up I promise I won't let you get hurt! I promise toprotect you. Daddy is bad. I don't care if you think that he is a goodperson, I think he's bad. But he hit you, and he said he didn't wantus. He doesn't like me. Why doesn't he like me, Mommy?

You didn't talk to me tonight, Mommy. Is everything okay?

It's been three days since you saw Daddy. You haven't talked to me ortouched me or anything since that. Don't you still love me, Mommy? Istill love you. I think you feel sad. The only time I feel you is whenyou sleep. You sleep funny, kind of curled up on your side. And you hugme with your arms, and I feel safe and warm again. Why don't you dothat when you're awake, any more?

I'm 21 weeks old today, Mommy. Aren't you proud of me? We're goingsomewhere today, and it's somewhere new. I'm excited. It looks like ahospital, too. I want to be a doctor when I grow up, Mommy. Did I tellyou that? I hope you're as excited as I am. I can't wait....

Mommy, I'm getting scared. Your heart is still beating, but I don'tknow what you are thinking. The doctor is talking to you. I thinksomething's going to happen soon. I'm really, really, really scared,Mommy. Please tell me you love me. Then I will feel safe again. I loveyou!Mommy, what are they doing to me!? It hurts! Please make them stop! Itfeels bad! Please, Mommy, please please help me! Make them stop!

Don't worry Mommy, I'm safe. I'm in heaven with the angels now. Theytold me what you did, and they said it's called an abortion.



Why, Mommy? Why did you do it? Don't you love me any more? Why did youget rid of me? I'm really, really, really sorry if I did somethingwrong, Mommy. I love you, Mommy! I love you with all of my heart. Whydon't you love me? What did I do to deserve what they did to me? I wantto live, Mommy! Please! It really, really hurts to see you not careabout me, and not talk to me. Didn't I love you enough? Please sayyou'll keep me, Mommy! I want to live smile and watch the clouds andsee your face and grow up and be a doctor. I don't want to be here, Iwant you to love me again! I'm really really really sorry if I did something wrong. I love you!I love you, Mommy.




p/s:  Every abortion is just…One more heart that was stopped.Two more eyes that will never see.Two more hands that will never touch.Two more legs that will never run.One more mouth that will never speak.



source : Mr.Don BS Dietetics UIAM 

Wednesday, September 28, 2011

:: Normal Range for Malaysians Projects ::

Assalamualaikum wbt..

Kalau korang tak pernah screen for thalassemia (salah satu penyakit darah yang disebabkan oleh keturunan and can be inherited), Source:http://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/thalassemia/ korang boleh check di Hospital Ampang. It's FOC! 





Asians mengamalkan diet yang berbeza berbanding westerners. Plus, saiz badan juga mungkin mempengaruhi perubahan dalam sistem tubuh. Dan ini mungkin boleh menyebabkan perubahan pada normal range bagi orang Asia. Sekarang kalau buat blood test, pihak hospital perlu merujuk kepada established westerners normal range reference. Oleh itu, kami buat projek ni untuk establish normal range sebagai reference for Malaysians. Strictly ONLY FOR MALAYSIANS. Besides, kami menjalankan screen for thalassemia dan iron-deficiency untuk korang. 









Kalau buat di private lab, harga sebenar adalah RM600++ Itu tak termasuk dengan hantar sampel untuk check DNA (further confirmation) which is worth total RM1000++ Tapi kami bagi secara PERCUMA! Seriously, PERCUMA! Whenever you guys free, datangla ke Hospital Ampang. 


Kami ada buka booth di lobi. Dari: 8.30am - 1.00pm Every Monday, Wednesday and Friday Selepas jam 1.00pm, sampel akan dihantar terus ke makmal. Keputusan ujian boleh diterima selepas 2 bulan. Ya ya. 2 bulan. Lama sedikit sebab kami buat banyak test dan salah satu test memerlukan a batch of 200 people untuk sekali run. tapi, yang pastinya, KEPUTUSAN UJIAN BOLEH DITERIMA SEMULA DAN IA ADALAH P&C! 


Sila 'Like' facebook kami http://www.facebook.com/pages/Normal-Range-for-Malaysians-Projects/172438119485915 




p/s: maaf sebab bahasa rojak. akan dibetulkan kemudian :P Kalau tak faham atau nak tahu dengan lebih lanjut, boleh call kami atau tanya melalui facebook page.


p/s : ni amanat kawan saya...student master kat sini .dia suruh post projek ni kat blog... sesape yang berminat bley join..free ja.. tak payah bayar.. lebih kurang macam medical checkup..^^" sama2 kita perbaiki mutu kesihatan rakyat Malaysia!!



::wordless Wednesday #16 ::

Assalamualaikum wbt..





p/s : Final Year Projeck - polymorphism -




:: wordless wednesday #15 ::

Assalamualaikum wbt...




p/s : bukan mode kawen.. errr ^^!
tapi mode DSLR ya...





Tuesday, September 27, 2011

:: konvokesyen MEREKA ^^" ::

Assalamualaikum wbt...

hehehe..minggu lepas dah berlangsung majlis konvo kengkawan ..jeles2...masing2 dapat bunga banyak2... hehhehe pape pun..kita tengok2 gambar diorng ..^^" BAHAGIA


-cik yani-
ni budak microbe yang same umor ngn saya...owh..dia grad dulu..^^"



-cik yun yun-
my bestfriend dari skolah rendah, lompat kelas same2.lepak kat rumah dia same2.. 
sedang menyambung phD bersyarat ^^!




-cik zati zuk zuk-
budak kecik yang lompat kelas same2 jugak....bakal kawen ngan "si dia" ehem..!
sedang menyambung degree ^^"




-cik nabila-
budak microbe yang baik hati..macam kakak saya.. maceh nabila for the beautiful memories kat HRPZ II ^^
katenya nak kerja..hehehe




p/s :
Understand the value of every moment. You are only born with a number of breaths - Make every breath count

Saturday, September 24, 2011

:: masa kecik-kecik dulu saya suka masuk P.A.R.I.T ::

Assalamualaikum wbt...

masih diberi kesempatan nak update blog buruk ni..errr...masing2 dah start sibuk dengan final year projek...^^" saya pun tak terkecuali..owh polymorphism, owh genetic, owh congenital heart disease, owh PCR, owh mutation...byak betul owh..tak baik mengeluh ya adik2,kakak2, & abang2 sekalian..hehhehe..jadi arini rasanya macam nak release tension ngn cter zaman kanak2 kecik muda remaja dulu...



hhohoho..kecik2 dulu saya suka masok parit cari ikan, udang mahupun ketam.. part masok parit ni bermusim..biasanya lepas bnjir or musim kemarau bila air parit tu dah tinggal takat buku lali..masoklah kami budak2 hingusan yang comel ke dalam parit yang cetek...nak masok yang air dalam konpem tenggelam t lemas mak abah kami jugak yang susah..hehehhe



errr....kami berpakaian okay...ni pinjam google..maaf ya dik ^^!



nak dijadikan cerita..biasanya mak ayah saya tak tahu la yang kitaorg  buat aktiviti berfaedah ni..maklumlah..masa yang kami ambik nak masok parit ni time ayah p amik mak yang kerja kat hospital. lebih kurang sejam setengah jugak la ruang yang ada  untuk kami menjalankan aktiviti ni.. abah start ja enjin kete kami dah siap2 dengan alatan nak menangguk ikan dalam parit..hhahaha...hilang ja kete dari pandangan berdesup kami lari cari kunci rumah dan kunci pagar..(kalau tak kunci nanti pencuri masok ya adik2) hehehhe.. parit letaknya sebelah ja ngn rumah ktorg...so antara alatan kegemaran saya ngn abg2 adalah tudung saji mak yang kat dapur tu.. errr..maap...masa tu kami tak pikir yang tudung saji tu buat tutup makanan...main taram ja guna sebab hasil yang dapat dari tudung saji tu mmg banyak.



saya paling suka lompat dalam air yang separas buku lali tu walaupun kaler dia dah macam air teh..heheheh...siap berendam lagi cari ikan.. abang2 terer sket.. guna teknik tengok buih kat lumpur2 dalam parit tu..yang ada buih maknanya adalah ikan.. mungkin haruan ataupun keli.. so lepas detect menda tu... masing2 akan cepat2 gali lumpur tu..yessss!!! dapat.. tu abg la.. saya ni main tangguk ja ikan2 kecik yang tension dalam parit tu...guna tudung saji ya.. tangan kecik so susah nak tangkap..errr... baju seluar tu tak yah ckap la.. mmg dah berubah warna mahupun rasa.. tapi best!! lagi best bila abg2 start baling2 lumpur kat muka..pastu semua meniarap cam askar..keh3... owh...dapat facial free...



google kasi..
lebih kurang mcm ni jugakla muka ktorg bila dapat masok parit tanpa pengawasan ibubapa....


upacara masok parit tu berlangsung lam sejam ja sebab ktorg ni kan budak baik dimata mak dan abah so... lepas sejam main lumpur ktorg akan naik ke tebing.. masukkan ikan dalam baldi kecik...basuh kaki kat paip belakang rumah..cuci ikan2 yang dapat tangkap pastu lepas dalam kolah ikan abah... jadi abah tak tahu y ktorg p masok parit...pastu abang akan tarik paip dan sembur air kat badan ktorg kasi bersih dari lumpur2..tudung saji tu mandi sekali ngn ktorg...hehehhe..pastu naik atas rumah masuk bilik mndi dan sabun badan kasi wangi2 sambil gelak terkekek2 cm budak kurang siuman.. tudung saji pun kena sabun.. t mak dapat bau lumpur pocah tembelang ktorg..letak semua barang ke tempat asal..lap semua sisa lumpur.. hehhehe..pakai baju bersih letak bedak wangi2 kat badan..bila mak abah dah balik ktorg p sambut diorng kat muka pintu sambil buat muka paling manis....
dalam hati..esok kita buat lagi ya!!! hehehhe



ni la parit tempat kami berpoya2 dengan ikan dan tudung saji mak..
yup...parit kenangan..sampai bila2 takkan lupa..^^"




p/s : last2 mak tahu jugak aktiviti berfaedah ktorg ni bila kami ter"over time" berendam dalam parit mak dah sampai kat rumah..ngn tudung2 saji terkantoi.. ^^! habuan ktorg...telinga merah kena tarik, mata merah sebab kena marah plus nanges mintak ampun..errrrr,  tapi skang tak buat dah.. just kalau balik rumah musim kemarau tu sedih tengok parit tu sebab xda dah budak2 skang yang nak masuk parit macam ktorg dulu2.. waaahhhh..kenangan terindah !!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...