Tuesday, November 08, 2011

:: kenapa diciptakan NERAKA? ::

Assalamualaikum..
salam Aidiladha dan salam tersenyum buat semua.. ^^

"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" kata seorang gadis.


"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"



Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? 




Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun menjelaskan...

"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.


"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

 Gadis tu terdiam...





p/s :  teringat kata2 ustaz time amik bahasa arab form 3 dulu "man jadda wa jada"... sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh dia akan mendapat hasilnya.. so.. sama2 kita kejar syurga.. =)


6 comments:

cik RaRa said...

yea betul2 . mari kita kejar syurga , InsyaALLAH :)

mocha~ said...

:)

Afida Anuar said...

Allah......

EmpayarUtama said...

cam pernah baca cerita ni, tp di mana yea...

Red said...

red penah baca artikel ni dari iluvislam :D best

HEROICzero said...

menarik jawapan ustaz tu . tapi kalau si gadis tu tanya ,

"kalau macam tu baik tak payah cipta dunia, Tuhan kan adil? biar kita semua terus ke syurga. takde orang baik, xde orang jahat, semua penghuni syurga belaka . macam mana?"

something to think, aite ? =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...