Sunday, November 13, 2011

:: adik dan S.T.O.K.I.N.G ::

Ada satu kisah. Time jalan-jalan kat bandar Kota Bharu, Bandaraya Islam. Disebabkan hari dah tengahhari dan cuaca sangat panas maka berhentilah sorang kakak ni kat satu kedai sambil menyejukkan diri dengan aircond kedai tu.Kakak tersebut berdiri disuatu sudut kedai kain tersebut, sambil mengeluarkan handsetnya.Butang handset ditekan. Dalam pada masa yang sama, ada seorang ayah dan anak perempuan kecil, berumur dlm linkungan 2-3 tahun (comel), melintas depan kakak tersebut. 


" adik..tengok kakak tu..ayah nak adik jaga macam dia, pakai stoking "  kata si ayah kepada si anak.

si anak membalas "kenapa kena pakai stoking ayah? "

" sebab kaki tu adalah aurat perempuan. Adik kena tahu tu... nanti ayah belikan adik stoking nak? "  jawab si ayah.


" dapat pahala tak ayah? adik nak kumpul pahala banyak-banyak..nanti dapat jumpa ibu kat syurga" si anak bertanya.

si ayah tersenyum sambil memimpin tangan anaknya.



p/s : best dapat tengok keadaan sekitar..kadang2 tu banyak benda menarik kalau kita berhenti sambil mengamati keadaan yang berlaku dekat2 dengan kita.Fikir dan ambil iktibar.Bahagia kan kalau dapat family macam ni.. dari kecik diajar tentang adab2 menjaga aurat. Tersenyum ^^"

" Ya Allah, kau jadikanlah keluargaku keluarga yang mengamalkan setiap ajaranMu, keluarga yang mampu bertemu disyurgaMu nanti.Amin "



9 comments:

ShErA said...

bagusnya ayah dia...

shameel Iskandar said...

syukurlah sbb si ayah cakna agama. kecil2 lagi si anak diajar ttg aurat. inilh yg sepatutnya berlaku.

Afida Anuar said...

Alhamdulillah... moga2 adik membesar jadi perempuan solehah...

Ramai yang ambil mudah bila melibatkan aurat kaki ni, kenapa ye?

Azham Vosovic said...

amin....insyaallah.....

HEROICzero said...

aku suka cerita ni . kata2 si anak .. =)

fieha said...

alhamdulillah..

Mutiara Bernilai said...

alhamdulillah..bapa yang baik, insyaAllah terdidik anak menjadi anak yg solehah.. :)

Shukri Mohd Ali said...

Amin!

CintaZulaikha said...

amim...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...