Saturday, March 05, 2011

Sila Jerit "kami suka makan SAYUR!!!"

Assalamualaikum wbt..
nak cerita & bagi tips sikit pasal tiga sayur ni..

 TOMATOMAN


kacang BUNCIS


TIMUN 

siapa yang suka sila angguk2!!


hari sayur kat kolej kami!! heheh.. sila jerit " Kami suka makan SAYUR!!!"


TOMATO

cik Tomato atau TOMATOMAN  boleh dimakan secara mentah atau dimasak
diorang ni kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C dimana diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.
Ia juga baik untuk melicinkan kulit dan merupakan salah satu bahan awet muda yang penting .
(muda2 cam kami!!)


KACANG BUNCIS

kacang buncis ini bukan kacang BUNCIT tau...kaya dengan protein dan vitamin ini membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah 
Bagi mereka yang khuatir kerana mempunyai berat badan yang keterlaluan, kacang ini dapat membantu mengatasi masalah mereka. Ini kerana ujian makmal telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.
(waa...dapat kuruskan badan ++ sihat!!! sila makan diorang =^^= )

TIMUN

Timun mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A,vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.
 Bagi mereka yang menghidapi sakit tekak apabila diserang batuk (terutama yang suka buat konsert dalam bilik mandi) , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang. 
( mungkin dapat suara yang lagi merdu dari buluh perindu kot~)


p/s : mereka2 ni antara sayur yang paling saya suka.. heheheh... sedap dimakan, sejuk mata memandang..
"Let VEGE be your MEDICINE" 



2 comments:

cikbunge said...

hehe..suke sayor..cantak n sehat ! wahahaha !

senyumSOYA said...

cik hanym..
betoi2...
mkn sayur untuk awet muda~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...