Wednesday, March 02, 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??

Assalamualaikum wbt.. jom join segmen suai kenal ABG BEN ASHAARi~


abg ben mahu post entri pasal kematiann yang boleh dikongsi bersama sebab setiap dari kita akan merasai kematian....
kat sini saya nak cerita sedikit tentang 
Detik-Detik Terakhir Kewafatan Rasulullah SAW

(Dipetik dari buku 1001 Duka - Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati)


"Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"  


Jibril pun menjawab:   
"Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."  


Baginda saw bersabda: 
  "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"  


Jibril menjawab lagi:   "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."  


Baginda saw bersabda lagi:
   "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?"
  
Jibril menjawab:  
 "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."  


Kemudian Rasulullah saw bersabda:  
 "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."  


Jibril a.s. bertanya:   
"Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"  


Rasulullah saw menjawab:  
 "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"  


Jibril menjawab:  
 "Saya membawa khabar gembira untuk baginda.
 Sesungguhnya Allah telah berfirman:   
Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."  


Maka berkatalah Rasulullah saw: 
  "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."  


Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.
Ali r.a. bertanya:   
"Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"  


Rasulullah menjawab:  
 "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."  


Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata:   
"Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."  


Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.


Lalu Rasulullah saw bertanya:   
"Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"  


Jibril menjawab: 
  "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"  
Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.


p/s : begitu cintanya Rasulullah SWT terhadap umatnya sehingga saat kewafatannya. 
jom kita cintai Rasulullah sebagaimana Rasulullah mencintai kita~ (^^-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...