Wednesday, April 06, 2011

:: Saya nak pelangi tu!! ::




Assalamualaikum wbt... syukur..hari ni dapat gak nak update entri kat blog putih bersih ni... sibuk sikit dengan kelas yang pack, assingment yang bertimbun cam buku kat library... hehehhehe...tapi busy2 ni ada hikmah dy ..at least dapat gak nak merenung diri sendiri ni.. dah sedia belum nak masuk alam kerja.. dah sedia ke nak berubah jadi lebih baik..dh sedia ke nak jadi lebih matang.. errmmm.. banyak persoalan dalam kapla ni yang kejap tenggelam kejap timbul...(^^~

waa...saya pun nak jugak pelangi tu!!! penat dah dengan life camni....nak sentiasa gembira..tapi kalau sentiasa hepi x da kesukaran tu bukan namanya manusia kan?  ada masa kita mesti rasa sedih kan? ada masa masalah penuh kat depan muka, ada masa nak senyum pun susah..ada masa hidup ni rasa cam mendung kelabu ja.. asyik nak hujan... ermmm.. terpikir2 gak bila la pelangi nak muncul ya...

tapi nak pelangi muncul camna ek? asyik nak mintak pelangi ja kan saya ni...tapi dah cukup baik ka diri saya ni nak mintak pelangi dalam hidup saya ni??


err...ohh pelangi..macam mana nak muncul kalau diri tu banyak buat dosa..banyak buat silap...banyak lalai..banyak lupa..
dah cukup kenal ke diri dengan Allah?
dah cukup kenal ke diri dengan Rasulullah?
dah cukup kenal ke diri dengan Al-Quran?

layak ke nak dapat pelangi kalau time susah salahkan org...bukan salahkan diri...
layak ke nak dapat pelangi kalau time susah baru nak cari Allah..
layak ke nak dapat pelangi kalau tiap kali lecturer bagi asignment  merungut cam budak kecik..
layak ke nak dapat pelangi kalau lecture notes kena cari sendiri masam mencuka depan lecturer..
layak ke nak dapat pelangi kalau jatuh basikal salahkan basikal?? (hehehe)

errrmmm... oit bdak kecik...nak dapat pelangi kena usaha dalam diri untuk jadi yang insan yang baik..insan yang kenal tuhan..insan yang sentiasa ingat mati...

hadirnya pelangi bukan tanda hidup akan sentiasa bahagia..
hadirnya pelangi tanda ujian selepas ini..
sebab..hadirnya pelangi hanya seketika..
untuk kita kenal balik diri..untuk kita cari balik diri yang hilang..

p/s : Ya Allah... andainya pelangi itu yang terbaik.. hadirkan dalam hidupku..andai pelangi itu akan membuatku lalai...kau hilangkan lah ...kau gantikan lah dengan yang terbaik untuk diriku.. amin~

4 comments:

Puan Kutu said...

Insyaallah soya akan menggapai pelangi..Soya boleh!!malaysia boleh!!tiba2..hehe

Afida Anuar said...

Ameen.. insyaAllah...

tak salah nak minta pelangi, walau diri masih banyak kurang... mana tau Allah makbulkan, Allah kasi pelangi tuk melengkapkan yang kurang;)..

storyfromme said...

semua orang layak melihat pelangi tak kira la die makhluk paling jahat di dunia atau tak.

.:padie_eyla:. said...

buat soya kaler pelangi oke. ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...