Assalamualaikum wbt...
apa perasaan anda bila tengok densha or kereta api macam ni??
atau meow yang pakai topi camni??
bersama cik froggy...haiwan legend..^^"
comel? kiut? cool? ^^"
meow belang kat atas ni namanya Tama adalah maskot sebuah syarikat densha kat Jepun ni... si Tama ni akan duduk dengan rileksnya kat pintu masuk Stesen Kishi..kerja dia? macam model..errr...lebih kurang la.. dia akan bergambar dengan pelancong yang datang ke stesen tu.. bergaya betoi..^^" hik3.. Last2 Tama dinaikan pangkat jadi "Super Station Master" .
best dapat jadi Si Tama ,bermula ngn jadi kucing kurap..ehh..silap..panggil kucing jalanan sopan sket kan? akhirnya si Tama ni jadi fofular dikalangan pelancong yang datang ke stesen tu.. gaji dia?? dapat makanan & jagaan rapi oleh pengurusan kereta api.. kira okay la kan..hidup terjaga, bagi duit pun bukan reti guna beli baju....^^:" bertambah menarik kisah si Tama ni apabila dia ada pejabat dia sendiri dengan 2 orang.. silap..2 ekor pembantu.. Si Chibi & Si Miiko...sgt comel!! ^^"
okay, actually ini merupakan budaya orang Jepun menggunakan kucing utk meningkatkan pendapatan sebab kucing dipercayai dapat membawa keuntungan..hehhehe...jom kaitkan dengan agama kita, Islam.. berbuat ihsan kepada haiwan...contoh terbaik tentang kucing ?? jom kita usha2 cerita ni
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, time nabi nak ambil jubahnya, Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak nak kacau haiwan kesayangannya itu, nabi pun potong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada Nabi. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali.
Dalam keadaan lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di letak dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah ia selalu mengiauw ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.Kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyanyangi keluarga sendiri
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberi amaran :
دَخَلَتْ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا فَلَمْ تُطْعِمْهَا وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ.
Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah. [Shahih al-Bukhari – no: 3318]
p/s : biasanya kalau kat Malaysia..kucing jalanan ni dipandang hina & di layan cam sampah, kena sepak tendang terajang oleh orang yang lalu lalang..ye dak?? situasi yang biasa kita tengok...apa kata kalau kita cuba ber"ehsan" dengan mereka..sebab kucing pun makhluk Allah jugak... renung-renungkan ya.. ^^"
sumber :: 1. Rasulullah SAW & Kucing
2. ARENA isu 12, 2009
11 comments:
cutenya pic yg last tu :)
tapi izza memang tak berapa suka kucing,sebab dia suka ikut kat belakang,makin kita lari..makin syok pulak dia kejar..+_+
geram kalau tgk org pukul binatang....
dh diorg xde akal,tak payah la marah sgt~~
sedih tgok kucing kene tendang atau dera.. :(
apalah perasaan kucing tu bila kena dera or sepak terajang bagai! T_T
tapi aku elergic ngn kucing
kucing haiwan manja tapi yg suka berak sepah sepah aku tk brp suka
kami sekeluarga pun sayangkan kucing.. ehehehe
walaupun shera tak berapa gemar kucing tapi tak adalah sampai sanggup nak dera kucing... kucing pun makhluk Allah S.W.T. juga...
Ya Allah..comelnya..
kalau kita la kan, ada kucing tidur atas baju kita, rela kita tarik je baju tu.... jauhnya beza kita dengan Rasulullah saw...
ish kejam nye lah orang sanggup sepak kucing..
ade kucing nama mamee..hehe :)
kucing comel la :)
suukaaa
Post a Comment