Friday, August 05, 2011

:: bukak P.U.A.S.A !! makan secara sederhana ::


Assalamualaikum wbt..

hari ni dah masuk hari keempat Ramadhan kan? waa.. cepat kan.. macam mana checklist?? ada perubahan? kalau ada alhamdulillah kan.. yang mana yang bocor tu cepat2 kita tampalkan.. kasi tak keluar sepanjang tahun..insyaALLAH...

saya rasa ramai antara kita yang makan dengan berlebihan time bukak puasa.. x ketinggalan juga saya.. kadang-kadang tu lebih-lebih lagi time awal2 bulan puasa ni kalau bley setiap ruang dalam perut tu nak diisi dengan makanan semaksimum mungkin kan..sebab? lpar...13 jam puasa tu..mahunya kebulur..^^~
so..saya nak share something tentang berbuka puasa ni iaitu cuba untuk makan dengan kdar yang tidak berlebihan di bulan ramadhan yang mulia ni.. 

Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:

Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.
(Surah al-`Araf:31).
    jom kita tengok2 hadis Rasulullah S.A.W ni..
    “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”
    (Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).
ramai yang salah faham dengan hadis ni sebab menyangka Rasulullah S.A.W suruh jika kita makan, satu pertiga utk makanan, stu pertiga untuk minuman dan satu pertiga utk pernafasan atau udara..kalau diteliti balik hadis ni sebenarnya bukan macam tu.. pembahagian tu adalah had maksimum..kalau boleh lagi kurang lagi molek sebab Baginda ada menyebut jika tak dapat, maka makanlah tidak melebihi pembahagian tadi..namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.
atau nak senang...
"makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.. ^^!"




p/s : so..jom kita amalkan berbuka puasa secara sederhana..tak membazir dan bersyukur dengan nikmat makanan kita tu.. insyaALLAH..puasa kita lebih nikmat dan bertambah pahala dibulan Mulia ini.. ^^~

14 comments:

Anonymous said...

Betul2. SOKONG 100%. :)

like page saya eh. (www.facebook.com/umedianetwork)

Syazwan Che Deraman said...

betul..satu petingatan bersama
selamat berbuka puasa.

aizadalias said...

slamat berpuasa =)

merahitujambu said...

salam ramadhan ..td buka apa?

Hanis MY said...

ho betul tu kalu makey banyok terus nati kejjut pewut tuhs..jumsss g jaley2 klaye i loikeee...

ewanthology said...

wasadtiyah itu bagus

Afida Anuar said...

Masa berbuka td, terpaksa makan dengan sedikit berlebihan pasai tak nak membazir.. hu hu.. Ampun ya Allah...

: husna : said...

kan...ni tak, time berbuka penuh meja tp makannya tak. minum air segelas dah kenyang lepas tu pndang makanan yg lain sebelah mata je T.T

adan said...

kena berpada-pada la ketika berbuka.. tak boleh kenyang sgt.. bukan apa sebab lepas tu kena solat maghrib lak.. senak perut.

ifwat SAHAJA said...

berenti makan sebelum kenyang ya, nanti tak dapat terawikh :) hehe

iefwatsahaja.com

cik bulan said...

baru je dengar ceramah tadi..hehe..tula..kita disarankan makan sikit masa berbuka dan mkn bnyak msa sahur..:D

Ceiler Mun said...

udara dear :)



emmm... betul tu.. berhenti sblm kenyang.. saya tiap2 malam senak perut sebab terlebih minum air.. pas tu mula la nak pi terawih pun longlai.. heheh!!~



selamat berpuasa ea kamu :)




^^

anez zamri said...

tak boleh makan banyak sangat..nanti terawih mengantuk..hehe :)

iPai said...

baru je dgr tazkirah pg tadi pasal benda ni ..

dikatakan para sahabat tidak makan selama beberapa hari dan hanya makan sekadar perlu sahaja ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...