Monday, June 13, 2011

:: apa ke benda Pneumokokal ni??? ::

Assalamualaikum wbt...

apa khabar semua..heheheh...harap sihat sentiasa dan boleh senyum tunjuk gigi kat orang sekitar..heheh
sejak berada dalam persekitaran hospital dan bertemu dengan ramai mereka2 yang pakar dalam kesihatan ni makin banyak ilmu yang dapat saya kumpul, baik dari doktor mahupun staff2 kat sini..... namun ini hanyalah setitik dari selautan ilmu kat dunia ni kan... alhamdulillah..mereka banyak memberi saya semangat dan peluang untuk belajar dan menjadi insan yang lebih baik..

okay..nak cerita sikit tentang ilmu yang saya dapat ni..mesti ada yang tertanya2 pa bendda la pneumokokal ni kn? huhuhu...
ramai yang kurang prihatin dengan penyakit berjangkit dikalangan kanak-kanak sekarang sedangkan keadaan ni amatlah serius. Pneumokokal ni adalah salah satu penyebab utama penyakit berjangkit dan kematiaan dikalangan kanak2. 
setiap minit dianggarkan seorang bayi di seluruh dunia akan meninggal akibat jangkitan bakteria pnemokokus ni.. Ya Allah..bayangkan kalau sehari... cuba darab sendiri.. sejam 60 minit, sehari 24 jam..betapa ramai kanak-kanak yang meninggal akibat jangkitan ni..(T.T) sangat ramai kan?

bakteria S.Pnemoniae ni boleh menyebabkan penyakit yang mengancam nyawa seperti pnumonia, meningitis dan bakteremia atau keracunan darah disebabkn bakteria tu lah. Tadi pun time kat blood bank dapat banyak sample newborn yang doktor diagnose sebagai pneumoniae..agak ramai, dan baru sehari duduk sana saya dah terfikir bagaimanalah keadaannya kalau benda ni berterusan...ya ALLAH lindungilah mereka ya ALLAH..

info ni saya harap berguna bagi ibubapa..walaupun setakat ni x da sebarang ubat khusus untuk merawat PnD ni, ia masih boleh diatasi dengan suntikan vaksin. Suntikan ni boleh mengurangkan risiko dari terkena jangkitan bakteria ni. so kat mana nak dapat vaksin ni?.. setakat ni.. dan sedikit sebanyak info yang saya dapat, hanya GlaxoSmithKline (GSK) sahaja yang menawarkan vaksin untuk mencegah pnemokokal.boleh cuba dapatkan suntikan vaksin ni untuk anak anda untuk kesihatan yang lebih baik kn?

jadi mesti nak tahu kan macam mana vaksin ni bertindak..
since bayi yang berumur bawah 4 bulan tidak atau hanya mempunyai sedikit sahaja antibodi jadi vaksin ni berupaya untuk merangsang badan bayi untuk mengeluarkan antibodi terhadap jangkitan bakteria ni. Ini akan membantu badan bayi untuk menghasilkan sel-sel imun  khas terhadap bakteria ini dan sekaligus dapat meningkatkan sistem imun bayi untuk melawan jangkitan pneumokokus. Okay, mungkin harga untuk suntikan ni agak mahal bagi mereka yang berpendapatan rendah.. saya tak sure sangat dengan harga untuk satu suntikan ( agak mahal la kot sebab tu hospital kerajaan x bagi suntikan ni..ish3 ) tapi setiap ibubapa perlu memikirkan kesihatan masa depan anak2 mereka...dan "mencegah lebih baik dari mengubati" betul x?

emmm.. saya rasa setakat ni dulu yang boleh saya kongsikan..kalau ada mana2 tersilap term atau bahasa yang kurang faham tu saya mintak maaf sangat2.. x reti sgt nak translate English ke BM ni..^^! harap maaf ya..
insyaALLAH, yang baik kita sama2 kongsi yang buruk kita sama2 perbaiki.. 






p/s : Mungkin pada masa hadapan kerajaan boleh memberi imunisasi vaksin pneumokokal percuma kepada orang ramai (^^!  harap kerajaan dapat mempertimbangkan hal ini sebab ni untuk kebaikan generasi yang akan datang gak kn?





10 comments:

IMANSHAH said...

ank sapa tu? ya allah comelnya

sarah-najwan said...

thanks soya..

akak ade tau gak psl mende ni..vaksin dia tu rega bole thn gak..hrp2 pihak kjaan boleh percumakan..hehe

kokser kokdam said...

sdak nyo budok tu tido.. eheh

shahjiehan said...

pergh bahaya tol...


nnt kawen, nk bg anak sj vaksin ni!! hehehehe

bapa penyayang~

feyza said...

fuhhh bahaya lah..~

HEROICzero said...

comel budak tu.

*anyhow, proposal yang menarik ! =)

Afida Anuar said...

walaupun masih bujang, tp info ni sangat berguna utk masa depan..thanks dear....

CintaZulaikha said...

ada anak kecik kat umah nih...risau plak bila dok baca..harap dijauhkan dari terkena kat anak..

KAMIHIDUP said...

tak pernah tahu pun pasal ni, terima kasih kongsikan di sini. :)

Anonymous said...

thanks tuk info tu..nk kena buat ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...