Friday, July 01, 2011

:: buat mereka yang ber"kot putih" .::



Assalamualaikum wbt..


kali ni saya nak bercerita sikit...semalam salah seorang rakan saya yang sama2 praktikal ni terpaksa masuk wad kecemasan.. sebab? pemadam api yang besar tu jatuh atas kaki dia..masyaAllah.. time dia kena tu memang kami semua terkejut la.. kejadian tu berlaku kat surau.. time waktu rehat dekat dengan hospital..fire extinguisher tu jatuh atas kaki and lepas x-ray doktor mengesahkan yang ibu jari kaki kawan tu patah..saya memang nak nanges dah time tu..tapi saya tengok kawan saya tu x menanges sikit pun..ya Allah..kuatkan hatiku..

tapi yang saya kesalkan adalah masa kejadian tu.. sebelah kawan tu adalah sekumpulan "doktor2 pelatih" dalam  7 orang, "berkot putih" walaupun keadaan dalam surau tu dah cukup panas, ber"rantaikan" steteskop  tapi bayangkan pemadam api tu jatuh atas kaki and diorang boleh toleh  2 saat dan x bangun pun dari tempat duduk macam x da apa2..langsung x datang bagi rawatan or at least tanya keadaan kawan tu..
ktorang yang xda ilmu langsung ni duk tenangkan keadaan sebab time ni kaki kawan tu dah lebam..and seriously x da sorang pun datang tengok kawan ktorg tu...boleh tak saya katakan diorang x sensitif.. ya allah..dalam hati duk istighfar ja tengok "bakal doktor2"  tu buat tak tahu ja.. sedang kan semua orang kat surau tu dah kerumun si kawan yang tengah kesakitan..
kami yang kerja dimakmal ni mana lah dilatih untuk rawat pesakit yang mungkin patah kaki tu.. so, main taram ja angkat kawan tu terus ke wad kecemasan.. nasib baik dekat ja..T.T

so, apa yang saya nak kesalkan kat sini adalah.. please.. to that "bakal2 doktor" be sensitif dengan persekitaran anda.. walaupun tu waktu rehat tak bermakna anda x terlepas dari tugas anda... tugas anda adalah "doktor" dan merawat dan memberi bantuan 24 jam jika ada kecemasan.. please..please...be sensitif.. kalau macam ni lah sikap" bakal2 doktor" saya yakin banyak yang akan mencemuh kerjaya yang mulia ni..
jangan hanya nak dipandang sebagai doktor sebab anda memakai "kot putih" kemana2 even ke tandas masih dengan "kot putih" tanpa menghiraukan yang "kot putih" anda adalah pembawa kuman yang boleh membawa penyakit..x hairanlah kalau ramai yang boleh jatuh sakit lepas ke hospital..
maaf kalau entri ni akan membuat pembaca terasa.. tapi saya sangat kesal..sangat2.. "anda" orang yang dihormati,"anda" orang yang banyak ilmu ,"anda" orang yang sepatutnya membantu tapi dlm kebanyakn situasi yang saya lihat.. wlpun x ramai tapi ada segelintir yang lalai dengan tugas mereka sebagai " doktor".. adakah hanya gelaran yang dikejar? wallahualam..






p/s :cerita saya ni adalah sekadar nasihat buat diri yang bukan doktor tetapi yang memerhati tugas doktor.. lakukan tugas dengan ikhlas.. bukan kerana gelaran..insyaALLAH anda akan jadi lebih sensitif...
dari ::  saya yang x pandai menulis benda2 yang berunsurkan emosi sedih dan geram...





17 comments:

azwa amani said...

huhuhuhuhuhu.. best :)

Mashe said...

eee.. dasyatnya.... teruk betul doktor2 platih tuh!

A retarded kitty said...

orang sekarang selfish and they think that's not their problem stuff

Afida Anuar said...

Hurmmm.... bukan nak menyebelahi sapa2 dik, tapi kita perlu husnu zann.. mungkin dia ingat takde apa yang serius dan nampak dah ada yang membantu, jadi buat apa kerumun ramai-ramai...kot2 la dia fikir macam tu, mungkin jika dia nampak takde orang, dia akan segera membantu? Allahualam.....

senyumSOYA said...

azwa amani
mm..(^^


Siti Mashitah Saidin
tak tahu nk ckap apa...


A retarded kitty
kdg2 sesetengah org mcm tu..sedih tgok..


Afida Anuar
tu la kak fida.. mungkin jgak macam tu...tapi dari sudut concern sepatutnya doktor2 kena prihatin dgn keadaan time u.. mungkin paling x bangun..sebab keadaan time tu mmg trok.. byagkn pemdam api tu jtoh..jrg2 ja berlaku... wallahualam.. saya ppun tak tahu nk ckp apa..sedih ~

Unknown said...

belum layak jadi doktor lagi tu..

Afida Anuar said...

Akak faham kut, tapi tu la..kalau kita berterusan geram/sakit hati kat dia, hati kita jugak yang sakit kan? Dia tak efek apa2 pun..

Apa pun sabar ya dik, setiap dugaan yang menimpa...pasti ada hikmahnya..jangan sedih2...

Myra Abdullah said...

mangkok tol bkal 'doktor' tuh..
tak alert ngn surrounding..
ape r nk jadi..

Unknown said...

eik

kak pulak yang baca entry ttg nie jadi marah

mmg depa tak layak jadi doktor.. hati tak besih..

moga2 kawan kamu cepat baik ya dik, part patah tu,, boleh sembuh kan?

missina said...

betul sgt,,dulu2 seblm akak jd nurse,,akak berminat gak jd doktr,,,tapi tk kesampaian,,dulu2 memang tabik hormat giler lah kt diorg,,tapi skg bila dah keje skali,,dah tahu sgt perangai diorg,,bukan semuanya baik,,,teruk mcm hantu pun ada,,,besalah dik,,diorg pun manusia biasa kan,,kita jgn jd mcm tu dah ler,,,huhu

IMANSHAH said...

smg temanmu akn kembli sembuh

Anonymous said...

sebab belajar nak lulus exam
tade experience handle situasi

HEROICzero said...

tak perlu ber-kot putih ! kalau kau sendiri seorang manusia, x perlu sampai ber-kot putih untuk tolong orang !

depan mata kot . kalau aku, dah lama maki jek doktor2 pelatih yang setakat pandang macam tu !

ok emo.


=_____________________="

kokser kokdam said...

sbb diorang rase diorang blum lg jd doktor.. sbb tu wat xtau.. kang kalu p amek tau, ade lak org kate busy bodi..

suke hati nk backup diorang..


hahahahaha

iPai said...

tak pernah dapat tgk muka soya ni cam ne ...


laa dr tuh tgk je .. agaknya dia duk kat surau tu dia sangka kawasan yang dia tak moh merawat pesakit kot .. dia penat sgt ...

adeh .. sedeh juga laa jumpa dr macam ni .. kot2 laa dia rawat family kite ala kadar je .. rasa nak cepuk je dia kat dinding ..

Sya_Merpati Putih 88 said...

pemadam api jatuh kat kaki...?? mesti sakit tahap melampau tue..
ishh tak patut betul perangai diorg mcm tue..cuma kejar pangkat jer, tapi kerja tak ikhlas...
~smoga kawan awk tue cepat sembuh ye..

Unknown said...

saya ni kaki klinik dan hospital juga...macam2 perangai doktor yang saya dah jumpa...dari yang bagi ubat ntah pape pun ada...

tapi,begitulah manusia...tiada yang sempurna...apa yang boleh dilakukan ialah membetulkan kesalahan yang telah dilakukan dan cuba untuk tidak mengulanginya lagi...:)

kawan dah sembuh ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...