Sunday, July 03, 2011

:: penchuri BELIMBING ::

Assalamualaikum wbt..

hari yang agak bosan sebab praktikal dah abes..huk3~ x tahu nak buat apa..
dalam tengah termenung merenung masa depan ni teringat satu kisah time final exam bulan Mei aritu..hehehe

pada satu petang yang dingin..
saya dan my trusted roomate pergi jalan2 kat bukit expo UPM release angin2 kat badan......dapat buat record lari tanpa henti dari kolej hinggalah satu round bukit expo tu dijelajah.. sempat tengok orang main bola sepak kat padang.. wuu~ aurat2... sila pandang tempat lain..heheh..then on da way balik terfikir nak lalu kat padang golf sebelah kolej sebab rumput dia hijau sangat..geram2..ish3~ tengah syok jalan ni amik la satu lorong kecik ni.. toleh sebelah kanan.. BELIMBING!!! kuning sangat2.. sedap kalau dapat petik dan makan malam2 time tension study..heheh..^^"

jadi time ni bermula lah master plan nak pergi petik belimbing tu.. satu sebab.. pagar kebun tu terbukak..macam mengalu-alukan kedatang kami berdua yang kempunan nak makan buah.. masuk ja pagar tu.. duk tilik2 buah yang mana besar dan manis.. terliur sangat2.. time ni memang dah tahap nak melompat2 amik buah tu.. tapi kami teruskan meninjau kebun tu..dengan tekad yang tinggi, lepas beberapa langkah mendaki kebun cantik tu..ternampak betik besau sedang melambai2 kat kami.. adei..mencabar keimanan ni..T.T..kami teruskan perjalanan dan apa yang kami temui selepas tu adalah sangat menakjubkan.. sampai dipuncak..ada pangkin cantik dibawah pokok yang rendang mengadap ke Hospital Serdang..cantik!! tambah plak time tu dah nak sunset.. anak dara yang lalai sebab dah nak magrib tapi masih perasan nak tengok sunset.. ...geleng2 sikit kepala ni.. ni dah lari dari mission impossible ni.. then..jeng..jeng...terngiang-ngiang lah ayat dari seorang Ustaz pusat islam ni..

katanya..

" barang siapa yang tak makan buah yang ditanam kat kawasan UPM ni, maka dia adalah seorang yang bodoh tak berapa cerdik tetapi, barang siapa yang makan buah dikawasan UPM ni dan tertangkap oleh pakguard..maka orang itu adalah dua kali bodoh tak cerdik " (^^!

then dengan keberanian dan memegang kata2 ustaz tu..kami menuju ke pokok belimbing.. petik 3 biji yang ranum dan macam manis..tiba2~ ..duishh!!! bunyi macam meteor ja jatuh kat sebelah..terkejut terlompat terpekik terkuat sikit..hehehe maunya kami tak terkejut.. then dua tiga kali kali bunyi "duish" tu terdengar kala hari dah nak gelap..gabra.. then.. ternampak satu benda putih ni..pelik bentuk dia..macam bulan..perhati betul2.. bola golf!! tengok sekeliling..memang banyak bola golf macam mana tadi boleh tak perasan ish4~.. dongak sikit kat papan tanda kat depan kebun tu..

" Awas..kawasan berbahaya. Bola golf berterbangan"  



maunya kami berlari sambil cover kepala ngn belimbing yang dicuri  dipetik...lintang pukang gak la.... sampil berlari2 anak ke kolej sempat gak tergelak cam bdak2 kurang siuman nagn kawan sebelah.. kelakar..sebab first time mencuri  memetik buah dikebun.. yeay!! kami tak bodoh~ haahahaha..

malamnya... duk tenung ja belimbing tu....bimbang takut berdosa semua bercampur.. alih2.. belimbing tu tersadai kat dalam tong sampah..x berani makan.. first.. dua hari lagi nak exam..takut sakit perut sebab makan buah yang dicuri  diambil..kedua.. bola golf yang hampir kena telinga tu petanda x baik ...huhuh..bye2 belimbing.. terima kasih bola golf..T.T hancus harapan....huk3~


moral of the story.. jangan mencuri..jangan makan makanan yang dicuri..=^^= Makanan yang halal, bersih dan baik akan membentuk jiwa yang suci dan jasmani yang sihat. Sebaliknya, makanan yang haram akan membentuk jiwa yang keji dan buruk.

p/s: 
Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi”
 [Al-Baqarah : 168]

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu berkata : 
 Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya Allah baik, tidak menerima kecuali hal-hal yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang mu’min sebagaimana yang diperintahkan kepada para rasul, Allah berfirman : “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.




10 comments:

Puan Kutu said...

haha rugilah curi tp tak makan,len kali bg akk.hahaha..

Sunah Sakura said...

hehehe..boleh pulak ustaz cakap gitu yeee...kan da nyesal curik.. :p

Cik Kamoo said...

bagus2!! nasib baik awak tak makan yew... nanti org tua2 ckp "gelap perut" ... asal belajar jew susah nk ingat

CintaZulaikha said...

hahhah, luculah bebudak nih. nape ek, lps da lakukan sesuatu baru nak terpikir, kan~~

kokser kokdam said...

mencurik kah itu..?

Siti Mashitah Saidin said...

masa kechik2 dulu suka mencurik~

Miscellaneous Smiles said...

terigin la plok nk rasa mknan mencuri...kikikiiiii..~~

iPai said...

mak ai dah amik, patut letak balik laa .. haddoi ..

MamaEma said...

terliur sgt kat buah belimbing lah tu..

liyana said...

haha..agk mnrik ceritanye

nice cnclusion,..
thanks for remind^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...