assalamualaikum wbt...
nak kongsi sikit ttg orang kurus ni.. adei..underweight.... berat 30+
macam-macam dah saya cuba dari try supplement sampailah makan protein, makan berat2 dah 3 kali sehari..tapi.. badan x mahu naik2.. kecik cam tu ja.. kadang2 sedih gak bila tengok orang lain naik berat badan tapi saya? nak naik sekilo pun susah.. lau time demam or jatuh sakit tu mahunya turun sekilo dua..
tang naik susah tapi tang turun suka2 hati ja berat ni nak turun..
jadi saya terbaca la info tentang bentuk badan ektomorf ni...apa ektomorf ni?
ia adalah keadaan genetik pemilik bentuk badan, ektomorf tidak dapat diubah sebaliknya boleh dibantu dengan meningkatkan pertumbuhan otot. orang ektomorf ni susah nak tambah berat badan dan sangat2 perlu berusaha lebih untuk tambah sedikit berat.
so? kena tingkatkan pertumbuhan otot la nmpaknya kan?
Perkara penting yang kita kena ambil kira dalam membentuk otot badan adalah pemilihan jenis dan kuantiti makanan yang betul, aktiviti kecergasan dan makanan suplemen..menurut info tu, orang kurus cekeding cam saya ni tak boleh bergantung kepada supplemen sepenuhnya sebab supplement tu hanya sebagai pemangkin untuk membantu pertumbuhan otot bukan untuk menambahkan otot.
lagi??
kena buat latihan bebanan kat gym untuk bentuk otot..yang ni kena tanya abg ben ni contoh2 senaman yang sesuai..hehehe.. tak kira la lelaki or perempuan, latihan kat gym ni amat perlu untuk tambah berat badan tapi dengan syarat kena buat secara berterusan. bukan sekadar hangat2 tahi ayam.
ohhh..yang tu sgt susah nak maintain.. mana nak cari gym ni T.T~
sebenarnya cara ni works both ways...sama ada seseorang itu ingin menambah atau mengurangkan berat badan, kita perlu makan di antara lima hingga enam hidangan sehari yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak. Sebab tanpa latihan dan pemakanan yang teratur supplement yang kita ambik tu x kan bagi kesan
kesimpulan? solution dia??
kepada sesiapa yang bertubuh kurus, latihan dan pemakanan yang betul harus dilakukan secara berterusan agar dapat mengekalkan saiz dan bentuk badan yang diinginkan dan bukannya dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Seorang profesor dari Jabatan Pengimejan Molekular, Imperial College London, Dr. Jimmy Bell, menjelaskan bahawa individu kurus tak semestinya mempunyai kesihatan yang baik kerana terdapat bukti imej dalaman yang menunjukkan lemak dan menyelaputi organ.
yang ni saya memang setuju sebab kebanyakan orang kurus cam saya ni ada kdar kolestrol yang tinggi...takut sgt2..
Lemak dalaman yang meliputi organ dalaman seperti jantung, hati atau pankreas yang tidak dapat dilihat mata kasar sama bahayanya dengan lemak di bawah kulit.
yang nak jaga pemakanan tu insyaALLAH ok, tapi bab g gym ni macam susah..so?ada sesape yang ada info tentang camna nak buat senaman tanpa perlu ke gym?? exercise biasa?? alhamdulillah..UPM dah bagi byak kemudahan untuk beriadah....jogging tu selalu buat..lari2 kat bukit expo...sangat suka!!
as a conclusion??
sapa kata kurus tu sihat?? saya nak dapat berat badan yang ideal!! bukan kurus cekeding.... x mou da underweight ni...sesape yang ada tips sila bantu ya~ tapi aishh..berat masih x naik2..turun ja reti.. dan saya bukan aneroxia..^^! jgn salah sangka..
p/s : kurus bukan beerti kita sihat..budaya makan semua benda dengan banyak untuk tambah nerat ni sangat2 lah bahaya... so jangan anggap orang kuurus ni sihat ..huk3~
sekian wassalam..
12 comments:
Saya pun ada masalah berat badan. Hendak menambahkan susah tapi nak turun cepat walaupun sudah berumah tangga berat badan masih sama.
Orang yang kurus tidak semestinya sehat kerana masalah kolestrol boleh berlaku tidak kira kurus atau berbadan besar.
Kalau ada masalah kolestrol boleh mengambil oat kerana ia menyerap lemak sepanjang saluran penghadaman
patut la masa pi cek kolesterol baru ni, tinggi....
eh tapi akak tak kurus.. badan kurus, tp ada orang tegur pipi tembam!..haa cemane pulak tuh! heh!
AkuBiomed
huhhu..tu la...tapi x suka mkn oat..
x sdap..
da cuba~
Afida Anuar
hihihi..pp tembam cumei pa..hik3~
hehheh..sy plak..da obes..da terlebih sudah..on going kene kasik trun..heheh
berat badan ok cuma perut jer terlebih sikit ke depan...hehe
salam:)
jarang jumpa org yg nak naikkan berat badan.. hehehe.. yg nk turun kan berat badan ada la..
cikceriacorner
turun berat dgn cara betul.. heheheh.. jgn harapkan supplement ja..ok?
bersenam n mnom byak air...(^^~
Bigdaddyz
heheheh.. tang tu x reti nak buat cmna..
heheheh...
jaga kesihatan supaya sntiasa sihat..hehehh
diana
tu la akak.. bahaya kurus2 ni...
ada yang kena anemia pun ada...
アヌム ちゃん~~
maceh jemput kita..
hehehe.. lawa la gmbar2 y akak tangkap~ hehe..
y best sakura tu!!
BuDaK PeGheLiH
saya la budak yng nak naikkn berat..
kasi tips skit..(^^!
Post a Comment