Saturday, May 14, 2011

:: 24 jam, tak lebih tak kurang ::


Asslammualaikum wbt...
semalam x dapat post entri sebab masalah blogger. rasanya ramai yang tahu kot..blogger tengah diupgrade..heheh.. so semalam berlalu lagi.. hari ni datang menyinggah sambil tersenyum sebab dapat post entri.. (^^! hari ni nak cerita pasal masa. okay?

Pernah dengar, tahu tentang pengurusan masa x? Sebenarnya masa ni tak boleh diurus atau diubah sebab kita sememangnya dah ada 24 jam sehari, tak lebih dan tak kurang..baik saya mahupun sesape la.. semua sama 24 jam sehari.. jadi.. macam mana nak urus masa yang 24 jam yang telah ALLAH bagi? Okay, sebelum tu kena la tahu apa maksud sebenar pengurusan masa ni.. ia adalah kemahiran untuk urus diri kita iaitu sikap dan tingkah laku kita terhadap masa and ada dua jenis masa iaitu “masa jam” dan “masa psikologi”


aiisshhh... apa itu “masa jam” dan “masa psikologi” ??
Masa jam adalah hakikat sebenar yang mana kita berada dan hidup didalam kitarannya atau pusingan tu (24 hours) .Hidup dalam masa kini atau masa jam adalah yang paling penting sebab tu lah kita kena menetapkan matlamat pada masa kini, merancang pada masa kini dan melaksanakan pelan itu pada masa kini dan pastikan kita hidup dalam masa kini. Bebaskan diri dari “masa psikologi” iaitu apabila minda kita dikongkong dengan masa lepas dan masa depan sehingga kita lupa dengan masa kini yang lebih penting. Hentikan membuang masa dan tenaga dengan memikirkan masa lampau dan asyik membayangkan masa depan. Lebih baik fikir pada masa kini sebab jika bagus kita pada masa kini insyaALLAH masa depan juga akan bagus..setuju x? usaha kita pada hari ini menggambarkan kita pada masa depan..betul x?

Fokus kepada masa kini.. capai matlamat masa kini dengan sebaiknya…cuba terapkan sikap menghargai masa dengan menetapkan matlamat setiap hari.. macam apa yang nak buat hari ni? Nak kena hantar assignment macam mana? Ulangkaji pukul berapa? Berapa jam nak mengadap buku? Berapa lama dalam toilet.. heheheh.. kadang2 sikap kita lah yang menyebabkan banyak masa kita terbazir macam tu ja.. ubah sikap dan tingkah laku kita terhadap masa..

Akhir sekali pantau pengurusan masa kita.. cuba identify dimana masa kita yang berharga tu terbuang dan cuba baiki.. pelahan-lahan kayuh sampan okay.. sabar dalam buat sesuatu..~^^~

So hargai masa sebab masa takkan menunggu kita walau sedetik..


dapat dari mr.google

p/s : sumber dari SINI & SANA
Sekian wassalam..





6 comments:

SyedGraphix Dot Com said...

saya slalu failed bab2 pengurusan masa neh. adesss

senyumSOYA said...

huhhu.. saya pun..
tgah belajar hargai masa~

Afida Anuar said...

lebih kurang macam ni... buat apa dikenang benda yang dah lepas, kenang apa yang ada skrang..apa yang ada di hadapan.

Pandang hadapan baru ada kemajuan.. iyer dok?;)

senyumSOYA said...

kak fida..
yup2~ kena pndng ke depan. dah ramai kawan ckp cmtu.. heheh

iPai said...

time tgh cuti nak belajar ape kak ? akak ajar leh ? hehe

senyumSOYA said...

adik ipai nak suh ajar pa? KH ke?? geografi? akak pun slalu dapat C hehhehe..


alaa.. ipai.. time cuti.. isi ngn bnda bermanfaat la sket. cm pergi jln2 umah sedara mare, kawan dan buat BBQ kat pntai.. heheh.. suka suki ja.. jgn melepak lama2~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...