Saturday, July 28, 2012

:: Mahu menjadi orang yang membahagiakan orang lain ::

"Mahu menjadi orang yang membahagiakan orang lain, walaupun hanya pada hujung kuku,"
jawab saya dengan senyum yang berkicau-kicau... sambil otak ligat mengingati kata-kata bonda dua tiga hari yang lalu...


"Bagaimana? Membahagiakan adalah kata yang indah, namun bagaimana kamu mahu membahagiakan mereka?"
Soal seseorang..


Saya diam..diam dan berkerut.


"Membahagiakan mereka dengan melakukan apa yang mereka suka,"
jawab saya pantas.


"Saya setuju, namun terkadang kita tidak tahu apa yang mereka suka. Terkadang kita salah dalam memahami apa yang meraka suka,dan sebenarnya ia adalah sesuatu yang mereka benci. Jadi kamu mahu tahu, cara membahagiakan yang percuma tetapi sukar?
Soalnya kembali...


saya segera menggangguk sambil menunggu jawapan


"Kamu maafkan mereka, bukan sahaja atas salah mereka tetapi juga atas salah kita."
katanya sambil tersenyum baik dengan nada suara seperti sungai diempang.


p/s: [ Hidup Penuh Chenta]



10 comments:

CintaZulaikha said...

akak pon nak jadi org yg membahagiakan...:)

Iffah Afeefah said...

cube membahagiakan semua orang

#bahagia
#pilihla dngn tepat

Nong Andy said...

Dendam itu membebankan..
maaf itu melegakan...

maafkan mereka sekalipun mungkin mereka tidak layak di maafkan..
maafkan mereka untuk melegakan beban kemarahan dan dendam yang mungkin akan memudaratkan kita..

insyallah.. hidup ini lebih gembira bila kita telah memaafkan.. dan 'melepaskan' ia pergi..

Nong Andy said...

er.. maaf. panjang berjela pula :p

Azham Vsvc said...

Menarik kata-kata tu...sbb kita selalu jadi manusia yang menyusahkan hidup orang lain hehehehe

Green Apple said...

kadang2 x tau apa org lain suka, tapi lebih baik tidak menyakiti hati orang lain...

Hanis MY said...

bukan mudah tapi bila tgk org bahagia otometik kita pun hepi kan

-gedek! said...

bahagiakan uncle sekali?

Layyinul Harir said...

sebarkan bahagia & senyuman.=D

tigerNbill said...

Stju dgn hanis my..bukan mudah untuk buat orang bhgia n trsenyum..jum ke blog saya,kucing itu boleh buat kite merasa hepi :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...