Saturday, July 28, 2012

:: Mahu menjadi orang yang membahagiakan orang lain ::

"Mahu menjadi orang yang membahagiakan orang lain, walaupun hanya pada hujung kuku,"
jawab saya dengan senyum yang berkicau-kicau... sambil otak ligat mengingati kata-kata bonda dua tiga hari yang lalu...


"Bagaimana? Membahagiakan adalah kata yang indah, namun bagaimana kamu mahu membahagiakan mereka?"
Soal seseorang..


Saya diam..diam dan berkerut.


"Membahagiakan mereka dengan melakukan apa yang mereka suka,"
jawab saya pantas.


"Saya setuju, namun terkadang kita tidak tahu apa yang mereka suka. Terkadang kita salah dalam memahami apa yang meraka suka,dan sebenarnya ia adalah sesuatu yang mereka benci. Jadi kamu mahu tahu, cara membahagiakan yang percuma tetapi sukar?
Soalnya kembali...


saya segera menggangguk sambil menunggu jawapan


"Kamu maafkan mereka, bukan sahaja atas salah mereka tetapi juga atas salah kita."
katanya sambil tersenyum baik dengan nada suara seperti sungai diempang.


p/s: [ Hidup Penuh Chenta]



Friday, July 20, 2012

:: Weekenders Club ::

Assalamualaikum...Bismillahirrahmanirrahim...

promote..promote!!

Weekenders ialah kelab untuk orang yg kerja keras pada weekdays dan ingin *enjoy Weekend dengan penuh osem! *yang syariah compliant =)

nak tengok apa Weekenders buat?? hehehe.. Abh Hisyam sgt Osem!! ^^

Latest adalah "The Nasi Bungkus Project" where we give out 100 packs of nasik bungkus to homeless around KL. Some of us went up to see KL's sunset. :)

Jom tengok gambar OseM dari event OseM dari Weekenders Club ^^





















P/s : Malam ni ist day terawih...jom terawih!!.. jgn jadi BAIK di bulan Ramadhan ja ya~ berusaha jadi BAIK untuk sepanjang tahun..kan OseM!! Jom buat checklist Ramadhan...heee~

Sunday, July 15, 2012

:: Eqbal Zack: Brisbane Giveaway...::

Assalamualaikum wbt.

selepas sekian lama x join GA kali ni teringin nak join GA abg Eq.. woot2~
nak pencil case kat bawah ni bley abg Eq..heee ( sambil wat mata boollat2~) hik3~



hehehh.. kalau ni bukan pilih random saya rasa macam nak bagi pantun.. tapi disebabkan GA kali ni abg Eq guna random maka saya x dapat nak berpantun semua~ heee~ agak malang bila buat lucky draw ni... x penah dapat pun actly dari kecik sampai la besau camni..hehehhe..

sesape nak try bley tekan SINI lau yang belum jadi follower abg Eq bley tekan SANA xpun tekan SANASINI.

semua pun boley.

P/s : kalau abg Eq bek hati silala kasi kat saya gak walaupun random x mou pilih saya ya..heee . kidding!! ^^

Wednesday, July 11, 2012

kerana SAYANG itu

Sekiranya saya masih menceritakan berkenaan hidup saya kepada mereka,
maknanya saya masih dan tetap sayang mereka,
dan masih punya impian biarpun mereka tidak sayang saya.

sekiranya orang tidak sayang kita biarpun kita berusaha,
maknanya Tuhan sayangkan kita.
kerana Tuhan yang menumbuhkan rasa sayang itu.
Pasti ada sebab DIA tidak tumbuhkan rasa sayang orang itu kepada kita.
mungkin, sekiranya sayang itu tumbuh,
kita mungkin jauh tersasar dengan "sayang"nya orang itu.
Lalu kita jadi lebih sakit berbanding semasa mereka tidak sayang kita.

Ataupun,
mungkin..
orang itu sebenarnya sayang kita.
Cuma kita mungkin tidak nampak,
ataupun dia lupa memberitahu kita.


p/s : kadang2 bila kita kena marah kita terasa semacam orang yang kita sayang tidak sayang kita bukan? ^^

[ Hidup Penuh Chenta ]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...