Saturday, November 19, 2011

:: S.U.K.A.R.E.L.A.W.A.N ::



Assalamualaikum wbt.. Kepada kawan2 yang dihormati~
sedikit perkongsian disini ^^


Yayasan Nurul YaQeen adalah yayasan under TPM kita.. Yayasan ini menuguruskan satu projek Hati Nurani iaitu Projek Sekolah Dalam Hospital (SDH) di bawah naungan Puan Seri Nooraini iaitu isteri TPM kita..dan projek ini memerlukan sesiapa sahaja yang sukarela tanpa bayaran untuk menjadi sukarelawan untuk projek ini:)


Apa projek SDH? : satu projek menubuhkan fasiliti sekolah di dalam hospital khas untuk pesakit bawah 17 tahun yang duduk lama di hospital (lebih 2 minggu) agar tidak tercicir dalam pelajaran.

Hospital terlibat:


-Hospital serdang,UPM
-HKL
-Hospital Ampang


siapa terlibat:

- Yayasan Nurul Yaqeen(YNY)
-Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
-Kemeterian kesihatan Malaysia (KMM)
-sukarelawan (kita!)


sumbangan:

-YNY- mencari sukarelawan
-KPM-menyediakan guru untuk mengajar kanak2 ini
-KMM- menyediakan doktor2 dan nurse..sedia perkhidmatan rawatan


bagi yang berminat untuk menjadi sukarelawan, tugas sukarelawan adalah :

- menceriakan kanak2
-berkawan dengan mereka
-memberi motivasi dan semangat(layan macam adik sendiri)


siapa boleh mohon?

-sesiapa sahaja yg ingin membantu mereka x kira student UPM atau x.
-perlu pergi training dan taklimat (tarikh akan diberitahu kemudian) di hospital
serdang. -WAJIB!!!
-isi borang pada sesiapa yang berminat.
-tiada sijil, merit, @ upah
-kerja mungkin untuk satu jangkamasa yang panjang


:: kawan2..jom join sapa berminat..yang berminat boleh minta borang dengan saya..saya akan emel. Sila bagi emel pada saya. janna_muhamad@yahoo.com .Terima Kasih :)



“Apabila seorang Islam melawat saudaranya yang sakit, dia sebenar telah melabur buah-buahan syurga sehingga dia kembali” [Hadith Riwayat Muslim].


p/s :: dan jgn lupa Rasulullah juga sangat kasihkan kanak-kanak.

4 comments:

abghani said...

1 iadea yg baik dri istre tpm

IMANSHAH said...

teruskan usaha yang murni..moga diberkati wak

Afida Anuar said...

akak berminat jugak dengan prgram sukarela ni SS, tapi takut tak dapat kasi full commitment..cemane eh?

Shukri Mohd Ali said...

suka tak rela ada tak. hehehe :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...