Wednesday, November 30, 2011

:: tangan B.E.R.B.A.L.U.T ::


Assalamualaikum wbt..alhamdulillah..masih dapat bernafas.. ^^"


p/s :: tangan kiri berbalut sekejap.. bandage hitam, buat sdri sebab dah lewat nk p kelas. tapi dah ok.. terkepit tangan kat pintu rumah 

" kadang2 Allah bagi kita ujian simple untuk kita kira pikir balik apa dosa yang telah kita buat...." senyum sambil menanges menatap tangan yang lebam ^^
banyak sangat merungut kebelakangan ni...patot la...hehehehhe

"semoga diampunkan dosa dan diberi keteguhan iman..insyaAllah"



Saturday, November 19, 2011

:: S.U.K.A.R.E.L.A.W.A.N ::



Assalamualaikum wbt.. Kepada kawan2 yang dihormati~
sedikit perkongsian disini ^^


Yayasan Nurul YaQeen adalah yayasan under TPM kita.. Yayasan ini menuguruskan satu projek Hati Nurani iaitu Projek Sekolah Dalam Hospital (SDH) di bawah naungan Puan Seri Nooraini iaitu isteri TPM kita..dan projek ini memerlukan sesiapa sahaja yang sukarela tanpa bayaran untuk menjadi sukarelawan untuk projek ini:)


Apa projek SDH? : satu projek menubuhkan fasiliti sekolah di dalam hospital khas untuk pesakit bawah 17 tahun yang duduk lama di hospital (lebih 2 minggu) agar tidak tercicir dalam pelajaran.

Hospital terlibat:


-Hospital serdang,UPM
-HKL
-Hospital Ampang


siapa terlibat:

- Yayasan Nurul Yaqeen(YNY)
-Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
-Kemeterian kesihatan Malaysia (KMM)
-sukarelawan (kita!)


sumbangan:

-YNY- mencari sukarelawan
-KPM-menyediakan guru untuk mengajar kanak2 ini
-KMM- menyediakan doktor2 dan nurse..sedia perkhidmatan rawatan


bagi yang berminat untuk menjadi sukarelawan, tugas sukarelawan adalah :

- menceriakan kanak2
-berkawan dengan mereka
-memberi motivasi dan semangat(layan macam adik sendiri)


siapa boleh mohon?

-sesiapa sahaja yg ingin membantu mereka x kira student UPM atau x.
-perlu pergi training dan taklimat (tarikh akan diberitahu kemudian) di hospital
serdang. -WAJIB!!!
-isi borang pada sesiapa yang berminat.
-tiada sijil, merit, @ upah
-kerja mungkin untuk satu jangkamasa yang panjang


:: kawan2..jom join sapa berminat..yang berminat boleh minta borang dengan saya..saya akan emel. Sila bagi emel pada saya. janna_muhamad@yahoo.com .Terima Kasih :)



“Apabila seorang Islam melawat saudaranya yang sakit, dia sebenar telah melabur buah-buahan syurga sehingga dia kembali” [Hadith Riwayat Muslim].


p/s :: dan jgn lupa Rasulullah juga sangat kasihkan kanak-kanak.

Wednesday, November 16, 2011

:: Wordless Wednessday #18 ::

Assalamualaikum wbt



smile  ^^"


:: kubur masing2.......A R.E.M.I.N.D.E.R ::




p/s: buat mereka yang ingin berkata 
"nanti mati kubur masing2 dan x menyusahkan orang, jadi jangan sibuk jaga tepi kain orang.." 

tapi hakikatnya mane bole ckp mcm org xde agama. Kubur masing2,tp harus diingat,kita mati nanti bukan kita yg uruskn jenazah kita sendiri,tp org sekeliling kitalah yg akn menguruskan smpailah kita masuk dlm liang lahad nanti. Astaghfirullahal'azim.. Ingat,Allah tu maha Kuasa.
-Dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali-



tapi yg korek kubur kau bkn kau.
tapi yg mandikan kau bkn kau.
tapi yg kafankan kau bkn kau.
tapi yg solatkan kau bkn kau.
tapi yg bawak ke kubur kau bkn kau.
tapi yg kebumikan kau bkn kau.
tapi yg baca talkin bkn kau.

kau hanya sekujur tubuh tak berguna.
kau hanya satu jasad yg bakal mereput.
kau hanya objek berbungkus dalam tanah.

tubuh kau bkn hak kau.
siapa kau nk tayang kt orang.
kalau kau sedar diri kau cantik,kau patut bawa org puji pencipta kecantikan kau.
bukan berbangga dgn hasil yg bukan kau punya dan bukan kau cipta.




sumber : dari kawan kepada kawan ^^" terima kasih kerana mengingatkan. (Okayama-shi)






Sunday, November 13, 2011

:: adik dan S.T.O.K.I.N.G ::

Ada satu kisah. Time jalan-jalan kat bandar Kota Bharu, Bandaraya Islam. Disebabkan hari dah tengahhari dan cuaca sangat panas maka berhentilah sorang kakak ni kat satu kedai sambil menyejukkan diri dengan aircond kedai tu.Kakak tersebut berdiri disuatu sudut kedai kain tersebut, sambil mengeluarkan handsetnya.Butang handset ditekan. Dalam pada masa yang sama, ada seorang ayah dan anak perempuan kecil, berumur dlm linkungan 2-3 tahun (comel), melintas depan kakak tersebut. 


" adik..tengok kakak tu..ayah nak adik jaga macam dia, pakai stoking "  kata si ayah kepada si anak.

si anak membalas "kenapa kena pakai stoking ayah? "

" sebab kaki tu adalah aurat perempuan. Adik kena tahu tu... nanti ayah belikan adik stoking nak? "  jawab si ayah.


" dapat pahala tak ayah? adik nak kumpul pahala banyak-banyak..nanti dapat jumpa ibu kat syurga" si anak bertanya.

si ayah tersenyum sambil memimpin tangan anaknya.



p/s : best dapat tengok keadaan sekitar..kadang2 tu banyak benda menarik kalau kita berhenti sambil mengamati keadaan yang berlaku dekat2 dengan kita.Fikir dan ambil iktibar.Bahagia kan kalau dapat family macam ni.. dari kecik diajar tentang adab2 menjaga aurat. Tersenyum ^^"

" Ya Allah, kau jadikanlah keluargaku keluarga yang mengamalkan setiap ajaranMu, keluarga yang mampu bertemu disyurgaMu nanti.Amin "



Wednesday, November 09, 2011

:: B.A.S dan budak kurang matang ::

Assalamualaikum wbt..




" adik.. tolong bukak pintu bas tu..ada org nak masuk"
 kata pakcik bas yang tengah syok lepak kat belakang bas

"baik pakcik"
kata budak tersebut yang dah buat muka excited sambil pergi kat tempat pemandu. tension punya pasal la ni..dah start dah perangai budak kurang matang dia..hehehhe

"pak cik..camna nak bukak?"
sambung budak tersebut sambil tercari2 butang pintu..

"tekan butang yang ada anak panah tu.. nanti pintu tu terbukak la"
kata pakcik bas sambil tersenyum tengok budak kurang matang tersebut.

butang ditekan...pintu bas terbuka secara automatik...

"wooo...pintu terbukak la pakcik"
kata budak tak tahu malu tersebut.

" pandai2 "
kata pakcik bas sambil tergelak.

yeay!! bas dah datang..bas dah datang...excited tengok bas datang..hehehe


p/s : errr... berharap pakcik tu tak tahu yang budak tu adalah pelajar tahun 4, ijazah Bioperubatan ^^!

"kadang2 jadi kanak-kanak riang itu menarik..yup sgt menarik.. at least tekanan & bebanan final year projek dapat dilepaskan dengan cara yang positif.. opppss... cara paling baik ada lagi!! istigfar banyak2 dan ikhlaskan diri, selalu dekatkan diri dengan perkara2 baik.. insyaAllah tekanan tu dapat dikurangkan.. kan? sini dah magrib... pergi surau jom!! kita release tension ^^   "

Tuesday, November 08, 2011

:: kenapa diciptakan NERAKA? ::

Assalamualaikum..
salam Aidiladha dan salam tersenyum buat semua.. ^^

"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" kata seorang gadis.


"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"



Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? 




Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun menjelaskan...

"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.


"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

 Gadis tu terdiam...





p/s :  teringat kata2 ustaz time amik bahasa arab form 3 dulu "man jadda wa jada"... sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh dia akan mendapat hasilnya.. so.. sama2 kita kejar syurga.. =)


Thursday, November 03, 2011

:: si penakot air ^^" ::

si penakot air
lagi2 kalau sungai or laut..
macam2 pikir
kluar naga la..
ikan jerung la..
Loch Ness monster la..
buaya la..

memang fobia
tapi ...
time pesta konvo UPM
ada kayak kat tasik..
kawan ajak..
jadi..




nasib baik tak jatuh...
xda nampak kelibat buaya..
hehehhe..best rupanya..^^"
si penakot air


p/s : ada bdak 1st langgar kayak kami..diorang ingat ktorg bdak skolah menengah datang main kayak ^^"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...