Tuesday, June 25, 2013

:: sambung belajar ^^ ::

sejak semenjak dua ni banyak dapat kol dari lecturer2 yang tak dikenali
mengajak dan mempelawa untuk menjadi pelajar post grad diorg.
errr.... ^^"

bukan saya tak mahu tapi sesungguhnya saya belum menjumpai apa yang saya minat.
dan sesungguhnya saya memerlukan masa untuk berfikir.
biarpun ada yang berkata saya sedang membazir masa muda saya dengan bekerja.

apa yang saya tahu,setiap sesuatu yang kita buat kat dunia ni..
kita kena ikhlas. yup..dan saya tahu sangat susah untuk ikhlas kan?
lagi lagi bila buat benda yang kita tak suka.

tapi Allah suka mereka2 yang berusaha untuk berubah,
berubah jadi lebih baik.. semata-mata keranaNYA dan saya sedang berusaha untuk ke arah itu.
walaupun kecil ruang yang diambil, walaupun kecik langkah yang dibuat,
tetapi satu yang saya tahu,
setiap usaha kita yang dibuat semata-mata ikhlas kerana Dia akan dilihat dan dinilai oleh Kekaseh Kita =")

p/s : biar sikit usaha yang dilaburkan asalkan kita tahu yang kita sedang berubah. Jangan pertikaikan takdir kita jadi begini atau begitu. kerana Allah mahu kita berusaha menjadi HambaNya, khalifah yang dicintaiNya.

2 comments:

the malay male said...

kenapa diaorg cakap membazir masa muda dengan bekerja?? kan elok bekerja dapat kumpul duit drpd membazir masa muda dgn membazirkan duit mak ayah dan duit pinjaman kerajaan.

senyumSOYA said...

kan ^^ setuju dengan statement itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...