Langit itu harapan,
dan langit mengisi hati saya dengan harapan.
Apabila menatap langit,
saya sedar,
Allah menciptanya supaya manusia tidak mampu
mengukur luasnya,
kerana Allah mahu manusia tahu.
yang harapan itu juga,
adalah sesuatu yang tak terbatas,
selagi langit itu sendiri belum runtuh.
Tetapi,
pasti Allah mahu kita berfikir sendiri
berkenaan perkara itu,
melalui langit yang tersenyum
dan awan yang menatap.
p/s : [ Hidup Penuh Cinta ]
7 comments:
wahhhh, suka tau baca nukilan kat cni..sumernya penuh makna yg tersirat.
makin lama makin indah nukilan yg terhasil...
puitis sungguh jan ni..hehe..kak fieha pon suka tgk langit.. :)
bila tgk langit selalu tengok awan.. pastu suka cari bentuk2 yang ade..hehe =P
indah dan puitis puisi nie..
yup, jgn putus asa dgn jgn putus harapan setiap dugaan yg berlaku pasti ada hikmahnya setiap masaalah pasti ada cara peneylesaiannya...hadapi hdiup dgn tabah dan senyuman yg indah..
rinduuuuuuuuuuuuuuu akak sangat! :(
puitis giler. . .tapi aku suka :)
thumbs up!
Post a Comment