Friday, January 28, 2011

fikir-fikir balik



fikir-fikir balik hidup ini sekejap saja,
pusing sana pusing sini sudah sampai masa,

fikir-fikir balik umur sudah meningkat,
main sana main sini sudah sampai waktu,

kadang-kadang..
yang digenggam bukan milik,
yang dipegang bukan hasrat,
yang dizahir bukan niat,

kadang-kadang..
macam nak fikir balik,
balik masa dulu-dulu,
masa kecik-kecik,
putar masa,
putar ketika,
putar dunia,

fikir-fikir balik apa yang kita mahu dalam hidup?
fikir-fikir balik apa yang kita perlu dalam hidup?
fikir-fikir balik apa yang kita buat dengan hidup?
fikir-fikir balik apa yang kita dapat dari hidup   ?

tapi..
fikir-fikir balik,
semua itu pengajaran,
semua itu kenangan,
semua itu kehidupan,
dalam mencari redha ALLAH
dalam mencari SYURGA
dalam menjadi insan manusia.




4 comments:

Azuan said...

entri yg buat manusia fikir...

senyumSOYA said...

fikir2..jgn smpy menyesal kn?

eqbalzack said...

salam..
nnt kalau jumpa abg eq kat cafe/library tegur la...ok

senyumSOYA said...

heheheh..insyaALLAH...cafe tu mgkin bley nmpak..tp library cm susah ja..hik3~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...