Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

:: antara Tom-Tom Bak & Adik-Adikku ::

Assalamualaikum wbt.. 
sibuk sikit minggu ni.. esok ada test undang-undang kat main campus..huhuhu...pening kepala tengok notes tentang Hudud ,Qisas & Takzir... hak Allah, Hak manusia....bagus jugak tahu pasal benda ni.. benda baru.. benda yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan.. bagos kalau kat Malaysia ni boleh jalankan hukuman hudud.. masalah sosial akan berkurang..masyrakat akan lebih jujur..(^^~

Bismillahirrahmanirrahim..
"Ya Allah..jangan kau lalaikan aku dengan benda2 yang tak berfaedah...yang boleh menghilangkan niatku.. kau kembalikan jiwaku ke landasanMu andai diri aku tersasar dari jalanMU.." 

okay, sal entri.. dulu2 suka sangat Tom Tom Bak..hehehe sebab dapat tengok budak2 comel menunjukkan bakat... dulu terikut gak sama-sama buat trademark TTB.. sambil tepuk 2 tangan bila tengok crita ni...
budak2 dapat tunjukkan bakat..menyanyi menari..berkomunikasi...menarik.. 




tapi kan....skang ni ada rancangan yang saya rasa lagi bermanfaat iaitu.. "adik-adikku" 
kat sini diorang diajar, mengaji, bertarannum, berpidato malah dibekal banyak ilmu agama yang boleh membawa manfaat..teringin nak masuk gak tapi umor dah mencecah 21 tahun hhehehe.....  x layak...
best tengok adik2 ni petah bercakap..

papepun.. 
banyak beza antara dua rancangan ni..mana satu yang kita pilih adalah hak kita....semua bergantung kat kita.. x salah berhibur..x salah mencari hiburan.. tapi biar berpada..


p/s : doa kan saya esok ya... isnin, 8 pagi...(^^~ semoga diberi ketenangan menjawab soklan exam.. insyALLAH..





Friday, April 01, 2011

:: Tree Of Life ::

Assalamualaikum wbt...
pokok itu ibarat kehidupan.. pernah tak kita terfiikir nak cuba guna analogi pokok dalam kehidupan kita...
banyak kan pokok-pokok di sekeliling kita.. .. kadang-kadang terfikir.. pokok yang kuat tu boleh tahan macam-macam benda..bencana alam.. dari hujan ribut petir semua tu lah.. kenapa ek? sebab pokok tu ada akar and batang yang kuat kan..

tapi semua pokok besar-besar tu bermula dengan bijih benih yang sangat kecil..lagi kecil dari bayi yang baru lahir kan? tapi bermula dengan biji benih yang kecil tu la pokok tu boleh jadi pokok yang besar dan kuat...tapi sebelum jadi pohon yang besar, ia kena belajar menahan teriknya matahari, rebut tanah dan nutrient yang ada, bersaing dengan pokok-pokok lain.. tahan dari angin ribut.. hujan..semua tu cabaran nak jadi pokok yang kuat dan besar..

lepas melalui semua tu lah, dari biji benih yang tak pernah kita nak tengok pun, ia bertunas..bercambah dan akhirnya jadi pokok yang sangat besar dan tahan segala macam rintangan..

nak jadi manusia yang hebat pun macam tu lah yang kita kena hadapi.. manusia yang hebat mampu menahan segala cabaran dan ujian yang Allah lontarkan... malah..setiap rintangan tu dijadikan satu semangat untuk terus berusaha jadi yang lebih baik..macam pokok jugak..makin banyak halangan yang terpaksa dihadapi.. makin kuat akar dia menapak kat bumi....




so, jom kita jadi manusia yang tak mudah mengalah dengan cabaran,keadaan dan suasana yang ekstrem..
jadikan itu sebagai pemangkin untuk terus kehadapan.. andai kalah.. jangan mudah putus asa... senang cakap kan.. tapi macam tu la yang kita semua nak dalam hidup kita...
jadikan semua cabaran tu satu lonjakan untuk diri sendiri..
mungkin kita tak dapat apa yang kita impikan.. tapi kena usaha..Allah suka lihat hamba dia berusaha...
kadang2 Allah selindungkan matahari untuk kita dengan turunkan hujan lebat.. tapi lepas tu siapa tahu.. pelangi akan muncul... jadi seperti pokok makin banyak halangan makin cekal berusaha untuk membesar...
never give up.. 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...