Showing posts with label katahati. Show all posts
Showing posts with label katahati. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

:: pagi-pagi dah berpantun ::

pagi pagi bancuh air kopi ...
hai eberibadi selamat pagi..

alamak tersilap lagi...
assalamualaikum & salam pagi..


dua tiga kucing berlari
mana nak sama si dia seorang
hari-hari u ucapkan selamat pagi
buat hatiku sungguh riang"

adik ku kecil kuatnya makan
makan budu colek peria
Selamat pagi semua aku ucapkan
pada semua warga malaysia

good morning selamat pagi
ku ucapkan buat saudari...
jgn lupa gosok gigi
nanti orang semua lari...

good morning pagi selasa
apa khabar yg di sana
kita ini rakyat malaysia
bangsa di jaga rakyat di utama...

pagi-pagi pergi kelas
masuk dewan terus penat
harap hari berlalu pantas
biar cepat asalkan lekat..

hehehhe...

p/s : bangun pagi ya semua!!



Sunday, March 06, 2011

terima kasih kawan~


terima kasih kawan..
kerana berada di sisi..
terima kasih kawan..
atas nasihat diberi...
atas curahan hati...

terima kasih kawan..
kerana tetap di sini..
dalam ku hilang..
dalam ku kelam..

terima kasih kawan..
kerana sedarkan diri ini..
yang pergi x kan kembali..
yang hilang x kan berganti...

p/s : Ya ALLAH....tetapkan hatiku dalam lindungan kasihMU

Wednesday, February 02, 2011

antara

pelik...
antara kita..
tiada kata..
tiada bicara.
hanya masa..
hanya ketika..

biarkan sendiri..
mengejar yang tak pasti..
antara kita...

Friday, January 28, 2011

fikir-fikir balik



fikir-fikir balik hidup ini sekejap saja,
pusing sana pusing sini sudah sampai masa,

fikir-fikir balik umur sudah meningkat,
main sana main sini sudah sampai waktu,

kadang-kadang..
yang digenggam bukan milik,
yang dipegang bukan hasrat,
yang dizahir bukan niat,

kadang-kadang..
macam nak fikir balik,
balik masa dulu-dulu,
masa kecik-kecik,
putar masa,
putar ketika,
putar dunia,

fikir-fikir balik apa yang kita mahu dalam hidup?
fikir-fikir balik apa yang kita perlu dalam hidup?
fikir-fikir balik apa yang kita buat dengan hidup?
fikir-fikir balik apa yang kita dapat dari hidup   ?

tapi..
fikir-fikir balik,
semua itu pengajaran,
semua itu kenangan,
semua itu kehidupan,
dalam mencari redha ALLAH
dalam mencari SYURGA
dalam menjadi insan manusia.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...