Wednesday, May 09, 2012
langit & bonda
Melihat langit lagi ^^
kadang-kadang langit itu sendiri yang memberi ketenangan,
memberi pengharapan.
kepada diri saya
yang sentiasa lemah
yang sentiasa putus asa.
saat langit biru dilukis bersama awan putih.
tenang, cantik pada pandangan saya.
mungkin pada anda juga,
mungkin pada mereka disana.
Itu ciptaan Tuhan yang Satu
Yang Maha Kuasa.
yang mampu memberi rasa
pada insan seperti saya.
Langit adalah alat bantu saya berfikir.
pada saat saya menatap awan yang bergulung,
ego saya lungsur.
Pada saat saya merenung langit biru,
aroma takut saya menyeruak.
Pada saat semua itu,
fikiran saya seperti didesak-desak,
bagi memikirkan hanya satu,
iaitu betapa besarnya DIA.
[Hidup Penuh Chenta]
p/s : syukur alhamdulillah , terasa indah hidup bila dalam lipatan chentaNya. Terima kasih ya Allah diatas nikmat ujian dan dugaan Mu. Izinkan aku meminta dari secebis nikmatMu ini, Kau permudahkan urusan bonda ku ya Allah, Kau sembuhkan bonda ya Allah. Permudahkan urusan hariannya ya Allah. Hanya doa buat masa ini yang mampu ku kirim buat bondaku.Kau kuatkan lah semangat bondaku ya Allah. Agar aku masih mampu melihat langit bersama BONDA. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
dimana pun aku berada. . dan dimana pun kau berada. . tetap langit yang sama jugak kita pandang :)
langit yang sama kita lihat..
rindu bonda~
tetap melihat langit yg sama.
berlindung di awan yang sama.
:)
langit sampaikan doaku pada cik kacang soya :D
salam..
setinggi-tinggi langit biru..
aku sentiasa memijat rumput hijau ;)
Alhamdulillah,
Dia maha mendengar segala ratapan
dan permintaan kita, alhamdulillah..
Kenapa dengan Bonda...??
Mudah2an Allah makbulkan doa kamu... InsyaAllah...
langit itu indah. indah ciptaanNya. ciptaan Dia yg tiada tandingan. :D
semoga senyum kita menjadi seindah kacang soya. hehe
wahh dah jadi pemuisi nampak, :)
lame tak dtg, singgah jap :)
salam..
semoga bonda saya damai disana ;)
ya . cantik pada pandangan saya juga
**p/s: eh dah tahu sape? ohmai. takkan lah. hahahaha. aiyok :O. akak jgn bitau org >.<''.. kite malu malu. hahaha. (lari masuk lam longkang)
walau dimana kita berada,kita ttp melihat langit yg sma..sya suka ayt ni :)
Post a Comment