Monday, March 26, 2012

:: saat langit T.E.R.S.E.N.Y.U.M ::

Langit itu harapan,
dan langit mengisi hati saya dengan harapan.

Apabila menatap langit,
saya sedar,
Allah menciptanya supaya manusia tidak mampu
mengukur luasnya,
kerana Allah mahu manusia tahu.
yang harapan itu juga,
adalah sesuatu yang tak terbatas,
selagi langit itu sendiri belum runtuh.

Tetapi,
pasti Allah mahu kita berfikir sendiri
berkenaan perkara itu,
melalui langit yang tersenyum
dan awan yang menatap.


p/s : [ Hidup Penuh Cinta ]

Saturday, March 10, 2012

:: sejuta P.E.L.U.A.N.G ::

 Bonda cerita, hidup ini bukan hanya ada satu peluang.
Tuhan sentiasa dan akan memberikan kita peluang.
Selagi kita percaya dan berbaik sangka dengan Tuhan.
Malah terkadang dalam peluang itu ada lagi peluang lain.
Cuma manusia yang terlalu memilih peluang.
Bonda juga berkata,
bagi kebanyakan waktu,
bukan manusia yang memilih peluang tetapi peluang yang memilih manusia.
Jadi bonda berpesan,
sekiranya nanti apabila saya sudah dewasa
dan mula rasa tidak punya peluang bagi dicintai,
peluang bagi disayangi, jadi teruskan hidup dengan senyuman.

...............................................................................................................................................................

Teruskan berdoa, kerana doa itu adalah peluang,
yang didalamnya ada sejuta peluang.
Hidup itu juga adalah peluang,
yang di dalamnya ada sejuta lagi peluang.


p/s : [ Hidup Penuh Cinta ]

Friday, March 02, 2012

:: H.U.B.U.N.G.A.N kita ::

Berfikir semoga Allah menerima amal kita yang seadanya,
berfikir semoga Allah sentiasa memaafkan dosa-dosa kecil kita yang berulang,
berfikir semoga Allah mengampunkan taubat kita yang sambil lewa,
menerima ibadah kita yang separuh hati,
solat kita yang tergesa-gesa,
dan berfikir.
semoga Allah tahu yang kita sedang menunggu keikhlasan datang.
Cuba halakan fikiran kita ke sana.

Allah mahukan kita sebagai hambaNya.
yang patuh,
yang tahu diri,
yang berusaha,
yang semuanya yang baik-baik ^^
Dia tidak mahu kita melanggar perintahNya.
Tabah dalam ujianNya.
dan,
Mahu kita berusaha mencari keikhlasan sendiri.



p/s : [ Hidup Penuh Cinta ]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...