Thursday, December 20, 2012

suara di R.A.D.I.O

Bila dengar pemanggil dapat call DJ IKIM, Hot Fm, Trax, ERA .... tak kira lah tanya soalan, bagi pendapat, dan ada je yang telefon sekadar nak cakap dengan DJ. Boleh dengar rasa gembira, teruja, seronok di suara diorg.



Tu baru dapat suara ke udara di radio. Kalau suara sampai ke langit? dengar terus ke Maha Pencipta? sampai Malaikat semua dengar?

-Jaga Allah dalam hati, jauhkan haram, zikir dan doakan juga untuk orang lain.^^- 

Quote from someone ^^



Sunday, December 02, 2012

:: S.I.B.U.K ::



Dalam melayan masa, 
ada antara kita yang sibuk,
sibuk dengan kerja,
sibuk dengan kawan2,
sibuk bermain-main,
sibuk dengan pelajaran
sibuk dengan pelbagai urusan,

namun,
walaupun sibuk,
ada antara kita yang sentiasa sibuk,
sibuk menulis amalan kita,
kiri dan kanan,
setiap masa 
setiap ketika

kita bagaimana?
ada kalanya kita lalai
ada kalanya kita leka
dengan urusan dunia,

namun,
cuba cari masa,
walaupun seketika
walaupun sekadar sesaat dua
dalam kesibukan kita itu,
untuk mengucap..

Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillah, Allahuakbar
Allah sayang kita.
makhluknya di dunia

dan juga

diakhirat.

InsyaALLAH ^^


p/s : terkesan bila hadir majlis akad nikah yang tersayang.... masih sempat membaca al-Quran disaat waktu ijab kabul sedetik lebih =) mabruk . Semoga perjalanan sebagai hambaNya berakhir di tempat yang terindah.





Saturday, November 10, 2012

:: Update ::

Assalamualaikum wbt.. ^^ sihat? heee.. dah lama x menulis secara direct kat blog putih ni . Alhamdulillah, segala syukur dipanjatkan kepadaNya, pemilik zat yang abadi..

update tentang diri sket :-

1. bekerja walaupun bukan kerja yang sehebat Ipai ^^, Alhamdulillah
2. sudah berkonvokesyen bersama2 rakan2 sebatch yang lain, Alhamdulillah
3. sudah mula menjejak ke fasa menghadiri majlis kawen rakan2, teman dan taulan... heee ( yang ni sila  abaikan) Alhamdulillah.


tu saja buat masa sekarang, semakin merindui keluarga di kampung, nak2 tiap2 hari telefon mak.. cerita pa y berlaku hari tersebut..cerita yang hepi2 jela, yg meruntun kalbu kira senyap2 simpan.. takot mak letih pikir anak dia yang jauh dimata...errrr.

kawan cakap
"elok la tu, baiki hubungan ngn mak ^^, be strong "



p/s : jom baca doa ni 

" Ya Allah, bantulah aku supaya sentiasa mengingati-Mu, mensyukuri-Mu da menyembah-Mu dengan cara yang baik" 

(HR. Abu dawud dari Muaz bin Jabal)




Friday, November 02, 2012

SATU perkara

satu perkara
untuk kita semua

selagi perit itu bertandang,
yang indah akan hadir

selagi sedih itu menapak,
bahagia akan mengganti

selagi ada yang hilang,
pasti ketemu kembali.


dan

selagi hidup itu pasti
mati itu juga menanti.

[ Hidup penuh Chenta ]





Wednesday, August 01, 2012

:: yang INDAH ::



"hidup ini indah, dunia pun indah...kan bonda?"
kata anak kecil itu sambil memeluk patung beruang pemberian bondanya.

"yang indah itu mati, yang indah itu juga apabila dapat rasa syurga dan segala nikmat di dalamnya dan yang paling indah itu apabila dapat jumpa Pencipta hakiki dan KekasihNya "
kata bonda. Tenang rautnya.


p/s: Ramadhan bulan mengumpul indah Syurga dan mengutip kasih chenta Pencipta ^^,









Saturday, July 28, 2012

:: Mahu menjadi orang yang membahagiakan orang lain ::

"Mahu menjadi orang yang membahagiakan orang lain, walaupun hanya pada hujung kuku,"
jawab saya dengan senyum yang berkicau-kicau... sambil otak ligat mengingati kata-kata bonda dua tiga hari yang lalu...


"Bagaimana? Membahagiakan adalah kata yang indah, namun bagaimana kamu mahu membahagiakan mereka?"
Soal seseorang..


Saya diam..diam dan berkerut.


"Membahagiakan mereka dengan melakukan apa yang mereka suka,"
jawab saya pantas.


"Saya setuju, namun terkadang kita tidak tahu apa yang mereka suka. Terkadang kita salah dalam memahami apa yang meraka suka,dan sebenarnya ia adalah sesuatu yang mereka benci. Jadi kamu mahu tahu, cara membahagiakan yang percuma tetapi sukar?
Soalnya kembali...


saya segera menggangguk sambil menunggu jawapan


"Kamu maafkan mereka, bukan sahaja atas salah mereka tetapi juga atas salah kita."
katanya sambil tersenyum baik dengan nada suara seperti sungai diempang.


p/s: [ Hidup Penuh Chenta]



Friday, July 20, 2012

:: Weekenders Club ::

Assalamualaikum...Bismillahirrahmanirrahim...

promote..promote!!

Weekenders ialah kelab untuk orang yg kerja keras pada weekdays dan ingin *enjoy Weekend dengan penuh osem! *yang syariah compliant =)

nak tengok apa Weekenders buat?? hehehe.. Abh Hisyam sgt Osem!! ^^

Latest adalah "The Nasi Bungkus Project" where we give out 100 packs of nasik bungkus to homeless around KL. Some of us went up to see KL's sunset. :)

Jom tengok gambar OseM dari event OseM dari Weekenders Club ^^





















P/s : Malam ni ist day terawih...jom terawih!!.. jgn jadi BAIK di bulan Ramadhan ja ya~ berusaha jadi BAIK untuk sepanjang tahun..kan OseM!! Jom buat checklist Ramadhan...heee~

Sunday, July 15, 2012

:: Eqbal Zack: Brisbane Giveaway...::

Assalamualaikum wbt.

selepas sekian lama x join GA kali ni teringin nak join GA abg Eq.. woot2~
nak pencil case kat bawah ni bley abg Eq..heee ( sambil wat mata boollat2~) hik3~



hehehh.. kalau ni bukan pilih random saya rasa macam nak bagi pantun.. tapi disebabkan GA kali ni abg Eq guna random maka saya x dapat nak berpantun semua~ heee~ agak malang bila buat lucky draw ni... x penah dapat pun actly dari kecik sampai la besau camni..hehehhe..

sesape nak try bley tekan SINI lau yang belum jadi follower abg Eq bley tekan SANA xpun tekan SANASINI.

semua pun boley.

P/s : kalau abg Eq bek hati silala kasi kat saya gak walaupun random x mou pilih saya ya..heee . kidding!! ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...