Saturday, June 30, 2012

Alhamdulillah.. berakhir sudah ^^



Assalamualaikum wbt.

tanggal 22 June 2012
exam terakhir di bumi UPM

4 tahun di bumi hijau.
banyak kenangan yang disimpan.
baik yang manis, x kurang y pahit dan masam...errr

Buku baru akan bermula,
silap...
dah bermula pun.
Alhamdulillah, menimba pengalaman kerja,
menjadi dewasa.
paling penting mengenal erti berdiri di kaki sendiri.

Syukur kpd Allah kerana masih diberi peluang untuk menjadi hambaNya
Alhamdulillah.
Hidup baru, erti BARU

Wednesday, May 09, 2012

langit & bonda



Melihat langit lagi ^^
kadang-kadang langit itu sendiri yang memberi ketenangan,
memberi pengharapan.
kepada diri saya
yang sentiasa lemah
yang sentiasa putus asa.

saat langit biru dilukis bersama awan putih.
tenang, cantik pada pandangan saya.
mungkin pada anda juga,
mungkin pada mereka disana.
Itu ciptaan Tuhan yang Satu
Yang Maha Kuasa.
yang mampu memberi rasa
pada insan seperti saya.

Langit adalah alat bantu saya berfikir.
pada saat saya menatap awan yang bergulung,
ego saya lungsur.
Pada saat saya merenung langit biru,
aroma takut saya menyeruak.
Pada saat semua itu,
fikiran saya seperti didesak-desak,
bagi memikirkan hanya satu,
iaitu betapa besarnya DIA.

[Hidup Penuh Chenta]


p/s : syukur alhamdulillah , terasa indah hidup bila dalam lipatan chentaNya. Terima kasih ya Allah diatas nikmat ujian dan dugaan Mu. Izinkan aku meminta dari secebis nikmatMu ini, Kau permudahkan urusan bonda ku ya Allah, Kau sembuhkan bonda ya Allah. Permudahkan urusan hariannya ya Allah. Hanya doa buat masa ini yang mampu ku kirim buat bondaku.Kau kuatkan lah semangat bondaku ya Allah. Agar aku masih mampu melihat langit bersama BONDA. Amin.

Monday, March 26, 2012

:: saat langit T.E.R.S.E.N.Y.U.M ::

Langit itu harapan,
dan langit mengisi hati saya dengan harapan.

Apabila menatap langit,
saya sedar,
Allah menciptanya supaya manusia tidak mampu
mengukur luasnya,
kerana Allah mahu manusia tahu.
yang harapan itu juga,
adalah sesuatu yang tak terbatas,
selagi langit itu sendiri belum runtuh.

Tetapi,
pasti Allah mahu kita berfikir sendiri
berkenaan perkara itu,
melalui langit yang tersenyum
dan awan yang menatap.


p/s : [ Hidup Penuh Cinta ]

Saturday, March 10, 2012

:: sejuta P.E.L.U.A.N.G ::

 Bonda cerita, hidup ini bukan hanya ada satu peluang.
Tuhan sentiasa dan akan memberikan kita peluang.
Selagi kita percaya dan berbaik sangka dengan Tuhan.
Malah terkadang dalam peluang itu ada lagi peluang lain.
Cuma manusia yang terlalu memilih peluang.
Bonda juga berkata,
bagi kebanyakan waktu,
bukan manusia yang memilih peluang tetapi peluang yang memilih manusia.
Jadi bonda berpesan,
sekiranya nanti apabila saya sudah dewasa
dan mula rasa tidak punya peluang bagi dicintai,
peluang bagi disayangi, jadi teruskan hidup dengan senyuman.

...............................................................................................................................................................

Teruskan berdoa, kerana doa itu adalah peluang,
yang didalamnya ada sejuta peluang.
Hidup itu juga adalah peluang,
yang di dalamnya ada sejuta lagi peluang.


p/s : [ Hidup Penuh Cinta ]

Friday, March 02, 2012

:: H.U.B.U.N.G.A.N kita ::

Berfikir semoga Allah menerima amal kita yang seadanya,
berfikir semoga Allah sentiasa memaafkan dosa-dosa kecil kita yang berulang,
berfikir semoga Allah mengampunkan taubat kita yang sambil lewa,
menerima ibadah kita yang separuh hati,
solat kita yang tergesa-gesa,
dan berfikir.
semoga Allah tahu yang kita sedang menunggu keikhlasan datang.
Cuba halakan fikiran kita ke sana.

Allah mahukan kita sebagai hambaNya.
yang patuh,
yang tahu diri,
yang berusaha,
yang semuanya yang baik-baik ^^
Dia tidak mahu kita melanggar perintahNya.
Tabah dalam ujianNya.
dan,
Mahu kita berusaha mencari keikhlasan sendiri.



p/s : [ Hidup Penuh Cinta ]

Friday, February 24, 2012

:: Karangan untuk Allah ::

Tulisan itu umurnya lebih panjang berbanding kita,
apa sahaja yang kita tulis di dunia akan dibaca semula di akhirat.
Oleh itu,
tulislah perkara yang benar dan perkara yang baik.
Anggap tulisan kamu adalah karangan untuk Allah,
kerana ia juga dibaca di hadapanNya nanti,
juga dihadapan seluruh umat manusia.
Jangan nanti kita malu sendiri apabila karangan kita dibaca

................................................................................................................................................................

saat itu juga dada saya sebak,
kerana berkata-kata sememangnya semudah menepis lalat di pipi
tetapi perlaksanaannya sesukar menggolek bongkah di gurun.


p/s : [ Hidup Penuh Cinta ]

Friday, February 17, 2012

:: C.I.N.T.A & A.K.A.L ::

" bagaimana kamu boleh mengelak pertemuan? pertemuan adalah permulaan cinta. Sedangkan kamu tahu, esok pun kita tidak tahu dengan siapa kita akan bertemu. Adakah kamu tahu dengan siapa yang akan kamu bertemu esok? pasti tidak. "



Begitu juga cinta.
Namun kita ada akal, dan kita tahu,
pada setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Daripada itu saya tahu,
cinta saya akan berhenti disitu.
Berhenti pada perpisahan, berhenti pada saat tiadanya harapan.
Saya sudah bersedia walaupun pada hakikatnya,
hati saya tetap mengintip,
sekiranya masih ada harapan yang tersisa pada perpisahan itu.

p/s : [ Hidup Penuh Cinta ]


................................................................................................................................................................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...