Depan manusia boleh la nampak hebat..
tapi depan Allah?
bila kita sendiri denganNYA?
inilah manusia jadian.
T.T
seyesly.
ramai..
termasuklah saya.
Thursday, June 20, 2013
Wednesday, June 19, 2013
:: Pelangi saya ::
Pada waktu kecil saya, saya pernah bertanyakan Bonda..
" Apa rasa memegang pelangi? "
Bonda tidak menjawab tetapi hanya tersenyum.
" Apa rasa memegang pelangi? "
Bonda tidak menjawab tetapi hanya tersenyum.
senyuman yang ikhlas lahirnya...lalu memeluk saya yang halus tubuhnya.
Saya tidak mampu untuk memahami jawapan yang sebegitu.
jawapan yang tidak mampu berjalan dilorong-lorong kecil akal saya.
tapi hari ini,, saya mula memahami jawapan bonda walaupun hanya sedikit tapi
jawapan itu tetap mengingatkan saya dengan setenang raut bonda memeluk saya.
"apa rasa memegang pelangi? "
rasanya sama dengan mempunyai orang2 yang menyayangi kita dan kita menyayangi mereka dengan sepenuh hati.... sayang dan cinta kerana Allah.. dan mereka ibarat pelangi hidup saya.. yang ingin saya bertemu dan berkumpul di syurgaNya =)
kan?
kan?
Thursday, January 31, 2013
:: kasih C.I.N.T.A ::
Merenung hati,
sedalam pasti,
melihat sendiri,
transformasi diri,
Alhamdulillah,
jauh sudah melangkah,
dalam wadah dan warkah,
ingin terus teguh,
biarpun berpeluh.
tertarik,
melihat insan2 yang bersama,
mengukir kasih
mengukir cinta
semoga,
semoga dalam redhaNYA
kita terus redha juga,
dan
terus melihat diri di syurga
bersama mereka
bersama anda
bersama semua
yang kita kenal
yang kita inginkan
Mahukan?
jom!! sama2 mengejar syurga
sama2 mengejar kasih dan cintaNya
^^
Thursday, December 20, 2012
suara di R.A.D.I.O
Bila dengar pemanggil dapat call DJ IKIM, Hot Fm, Trax, ERA .... tak kira lah tanya soalan, bagi pendapat, dan ada je yang telefon sekadar nak cakap dengan DJ. Boleh dengar rasa gembira, teruja, seronok di suara diorg.
Tu baru dapat suara ke udara di radio. Kalau suara sampai ke langit? dengar terus ke Maha Pencipta? sampai Malaikat semua dengar?
-Jaga Allah dalam hati, jauhkan haram, zikir dan doakan juga untuk orang lain.^^-
-Jaga Allah dalam hati, jauhkan haram, zikir dan doakan juga untuk orang lain.^^-
Quote from someone ^^
Sunday, December 02, 2012
:: S.I.B.U.K ::
Dalam melayan masa,
ada antara kita yang sibuk,
sibuk dengan kerja,
sibuk dengan kawan2,
sibuk bermain-main,
sibuk dengan pelajaran
sibuk dengan pelbagai urusan,
namun,
walaupun sibuk,
ada antara kita yang sentiasa sibuk,
sibuk menulis amalan kita,
kiri dan kanan,
setiap masa
setiap ketika
kita bagaimana?
ada kalanya kita lalai
ada kalanya kita leka
dengan urusan dunia,
namun,
cuba cari masa,
walaupun seketika
walaupun sekadar sesaat dua
dalam kesibukan kita itu,
untuk mengucap..
Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillah, Allahuakbar
Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillah, Allahuakbar
Allah sayang kita.
makhluknya di dunia
dan juga
diakhirat.
InsyaALLAH ^^
p/s : terkesan bila hadir majlis akad nikah yang tersayang.... masih sempat membaca al-Quran disaat waktu ijab kabul sedetik lebih =) mabruk . Semoga perjalanan sebagai hambaNya berakhir di tempat yang terindah.

Saturday, November 10, 2012
:: Update ::
Assalamualaikum wbt.. ^^ sihat? heee.. dah lama x menulis secara direct kat blog putih ni . Alhamdulillah, segala syukur dipanjatkan kepadaNya, pemilik zat yang abadi..
update tentang diri sket :-
1. bekerja walaupun bukan kerja yang sehebat Ipai ^^, Alhamdulillah
2. sudah berkonvokesyen bersama2 rakan2 sebatch yang lain, Alhamdulillah
3. sudah mula menjejak ke fasa menghadiri majlis kawen rakan2, teman dan taulan... heee ( yang ni sila abaikan) Alhamdulillah.
tu saja buat masa sekarang, semakin merindui keluarga di kampung, nak2 tiap2 hari telefon mak.. cerita pa y berlaku hari tersebut..cerita yang hepi2 jela, yg meruntun kalbu kira senyap2 simpan.. takot mak letih pikir anak dia yang jauh dimata...errrr.
kawan cakap
"elok la tu, baiki hubungan ngn mak ^^, be strong "

p/s : jom baca doa ni
" Ya Allah, bantulah aku supaya sentiasa mengingati-Mu, mensyukuri-Mu da menyembah-Mu dengan cara yang baik"
(HR. Abu dawud dari Muaz bin Jabal)
Friday, November 02, 2012
SATU perkara
satu perkara
untuk kita semua
selagi perit itu bertandang,
yang indah akan hadir
selagi sedih itu menapak,
bahagia akan mengganti
selagi ada yang hilang,
pasti ketemu kembali.
dan
selagi hidup itu pasti
mati itu juga menanti.
untuk kita semua
selagi perit itu bertandang,
yang indah akan hadir
selagi sedih itu menapak,
bahagia akan mengganti
selagi ada yang hilang,
pasti ketemu kembali.
dan
selagi hidup itu pasti
mati itu juga menanti.
[ Hidup penuh Chenta ]
Wednesday, August 01, 2012
:: yang INDAH ::
"hidup ini indah, dunia pun indah...kan bonda?"
kata anak kecil itu sambil memeluk patung beruang pemberian bondanya.
"yang indah itu mati, yang indah itu juga apabila dapat rasa syurga dan segala nikmat di dalamnya dan yang paling indah itu apabila dapat jumpa Pencipta hakiki dan KekasihNya "
kata bonda. Tenang rautnya.
p/s: Ramadhan bulan mengumpul indah Syurga dan mengutip kasih chenta Pencipta ^^,
Subscribe to:
Posts (Atom)