Friday, February 24, 2012

:: Karangan untuk Allah ::

Tulisan itu umurnya lebih panjang berbanding kita,
apa sahaja yang kita tulis di dunia akan dibaca semula di akhirat.
Oleh itu,
tulislah perkara yang benar dan perkara yang baik.
Anggap tulisan kamu adalah karangan untuk Allah,
kerana ia juga dibaca di hadapanNya nanti,
juga dihadapan seluruh umat manusia.
Jangan nanti kita malu sendiri apabila karangan kita dibaca

................................................................................................................................................................

saat itu juga dada saya sebak,
kerana berkata-kata sememangnya semudah menepis lalat di pipi
tetapi perlaksanaannya sesukar menggolek bongkah di gurun.


p/s : [ Hidup Penuh Cinta ]

Friday, February 17, 2012

:: C.I.N.T.A & A.K.A.L ::

" bagaimana kamu boleh mengelak pertemuan? pertemuan adalah permulaan cinta. Sedangkan kamu tahu, esok pun kita tidak tahu dengan siapa kita akan bertemu. Adakah kamu tahu dengan siapa yang akan kamu bertemu esok? pasti tidak. "



Begitu juga cinta.
Namun kita ada akal, dan kita tahu,
pada setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Daripada itu saya tahu,
cinta saya akan berhenti disitu.
Berhenti pada perpisahan, berhenti pada saat tiadanya harapan.
Saya sudah bersedia walaupun pada hakikatnya,
hati saya tetap mengintip,
sekiranya masih ada harapan yang tersisa pada perpisahan itu.

p/s : [ Hidup Penuh Cinta ]


................................................................................................................................................................

Thursday, February 09, 2012

:: Mengingati yang B.A.I.K ::

Pada senja itu,
dalam melanggar kenangan,
saya mencuba,
dan hingga kini,
saya masih mencuba
bagi mengingati yang baik-baik sahaja
berkenaan sesiapa yang saya kenal,
kerana hanya itu
yang menbuatkan orang mengingati
yang baik-baik sahaja berkenaan kita

p/s :: [ Hidup penuh Cinta ]

Wednesday, February 01, 2012

:: K.E.I.N.D.A.H.A.N ::

Petang itu,
cuaca bersembunyi daripada keburukan.
Yang terlihat di mata dan terasa di hati,
semuanya bercerita mengenai keindahan.
tersenyum ^^

p/s : Hidup Penuh Cinta

Monday, January 30, 2012

:: seperti burung ::

Nanti kamu akan berhenti di situ. Sama seperti burung yang hinggap di ranting, yang terkeliru antara arah tenggara dan selatan. Nanti, hati kamu akan bergegas setengah lari, cuba mengintip sekiranya masih ada yang tersisa di situ. Nanti...



p/s  :: Hidup Penuh Cinta

Friday, December 09, 2011

:: Alhamdulillah.. sudah S.E.T.T.L.E ::

Assalamualaikum wbt... busy lagi.. mungkin blog ni kena tutup kejap sebab empunya blog dah xda masa nak jenguk..heheheh

sudah settle semua..dari test2 yang banyak ke assignment2 yang kena siapkan.
alhamdulillah..syukur.. 5 subjek untuk satu sem ditambah dengan final year projek..
ye..dah tahun akhir rupanya..lagi satu semester untuk diharungi..=) senyum.

proposal dah siap present, sample dah siap kumpul, dah siap..dari Institut Jantung Negara..jauh tu..
cuti sem ni x dapat balik..err.mungkin balik kejap lepas final exam..kejap ja prof..x lama..kejap ja rindu kat family nun jauh di kelate ^^ sambil buat muka merayu2..pastu sambung buat molecular work..
main2 dengan gene.

saya punya gene namanya G894T polymorphism of eNOS gene..ada kat patient Congenital heart Disease tapi saya amik yang special punya defect.. ventricular septal defect ^^"
orang lain kebanyakan FYP guna tikus or microbe or fungi or cell culture... saya punya x nampak..
tapi boleh main2 dengan DNA..semoga dipermudahkan..



Allah memberikan hikmah (kebijaksanaan atau ilmu yg bguna) kpd sesiapa yg dikehendakiNya. Sesiapa yg diberikan hikmah itu, maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yg byk...
(Al-Baqarah 2: 269)



p/s: sedang baca kitab cinta by Hilal Asyraf n menatap online manga..kejap ja.. bak kate kawan "bagi penghargaan kat diri lepas penat jawab soklan exam ^^! "


Sunday, December 04, 2011

:: B.A.P.A diusia 22 tahun ^^" ::

Assalamualaikum wbt..

menjadi bapa dan ibu di usia 22 tahun..
si bapa di Jepun si ibu di Malaysia =)
Alhamdulillah.. lahir anak pertama mereka.
comel!! sgt2.. Tahniah.
Si bapa tak dapat study time si ibu bersalin
sebab jauh di negara matahari terbit..
dapat tengok anak dari jauh.
syukur alhamdulillah.



semoga mereka bahagia.
semoga dirahmati.
semoga mendapat barakah.
semoga menjadi yang solehah


p/s : ingin menjadi ibu ^^"



Friday, December 02, 2011

:: R.I.N.D.U ::




" semoga Allah menjaga hati ini..amin "



‎"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.. " [2:45]
♥ utk dpt pertolongan Allah, kita perlu sabar, dan utk bersabar itu sendiri, kita memerlukan kekuatan dan pertolongan dari Allah ♥
credit to : chah AAJ 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...