Friday, March 04, 2011

'GIVEAWAY 3 SPONSOR'



Assalamuamualaikum wbt..



Heheh… first time masok GA abg Eq. (^^_ ~tepuk2 tangan~

Saya pun ada 3 sponsor jugak dalam hidup saya..iaitu



First is my BIG FAMILY..  million thanks to them sebab banyak bagi sponsor dari segi nasihat,pandangan mahupun materials!!
 keluarga saya adalah LUKISAN hidup saya.

Second is my FRIENDS!! They are the second most precious sponsor I ever have =^^= macam2 khidmat diorang bagi.. 
just like CHOCOLATE
 kadang2 ada yang pahit, ada yang manis.. ada yang okay2~

And last but not least…the third~ my JPA scholarship!!! Sebab JPA la saya dapat meneruskan pengajiaan kat bumi UPM ni!! dah 3 tahun and next year will be my last.. pastu?? Masa untuk BERKHIDMAT!!!  insyaALLAH…
(bakal dapat sponsor dari ABG EQ  =^^=) 




p/s : ini FAKTA bukan AUTA ( tag Adeq_nan) 
(sila klik tulisan berwarna)

Telinga manusia ada TIGA salur separuh bulat & TIGA tulang osikel
manusia ada TIGA tulang yang mencantumkan siku
Manusia dapat lihat warna putih dimana ia adalah campuran TIGA warna primer iaitu MERAH. HIJAU dan BIRU!!



Wednesday, March 02, 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??

Assalamualaikum wbt.. jom join segmen suai kenal ABG BEN ASHAARi~


abg ben mahu post entri pasal kematiann yang boleh dikongsi bersama sebab setiap dari kita akan merasai kematian....
kat sini saya nak cerita sedikit tentang 
Detik-Detik Terakhir Kewafatan Rasulullah SAW

(Dipetik dari buku 1001 Duka - Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati)


"Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"  


Jibril pun menjawab:   
"Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."  


Baginda saw bersabda: 
  "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"  


Jibril menjawab lagi:   "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."  


Baginda saw bersabda lagi:
   "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?"
  
Jibril menjawab:  
 "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."  


Kemudian Rasulullah saw bersabda:  
 "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."  


Jibril a.s. bertanya:   
"Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"  


Rasulullah saw menjawab:  
 "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"  


Jibril menjawab:  
 "Saya membawa khabar gembira untuk baginda.
 Sesungguhnya Allah telah berfirman:   
Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."  


Maka berkatalah Rasulullah saw: 
  "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."  


Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.
Ali r.a. bertanya:   
"Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"  


Rasulullah menjawab:  
 "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."  


Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata:   
"Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."  


Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.


Lalu Rasulullah saw bertanya:   
"Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"  


Jibril menjawab: 
  "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"  
Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.


p/s : begitu cintanya Rasulullah SWT terhadap umatnya sehingga saat kewafatannya. 
jom kita cintai Rasulullah sebagaimana Rasulullah mencintai kita~ (^^-

saya budak MAKMAL!! (^^_

mereka ini yang bakal jadi bahan ujikaji ku sebentar ja lagi...heheheh ( wat muka jahat)


assalammualaikum wbt~ pagi yang cerah dengan bunyi katak semerdu alam
 (x suka katak..geli!!)

hari ini, 2 March 2011.. saya jadi budak makmal LAGI !!!! duduk dalam lab 6 jam!! marathon seorang student~ 
harap2 x jadi sengal or  something else bile jam menunjukkan pkul 5 ptg nanti.. hoping for a BETTER day with NO worries.. doakan saya ya...

p/s : O ALLAH, There is nothing easy except what you make easy, and YOU make the difficult easy if it your WILL." ameen~

Monday, February 28, 2011

join BLOGLIST ujang9897



assalamualaikum wbt....
join bloglist ujang9897!!! 
budak kecik ni suka tengok style dia ngn spek atas rambut.. hahaha.. 
satu lagi.. suka ngn quote ujang9897 yang berbunyi~


"seorang yang sangat meminati si mata bulat iaitu heliza dan si putih gebu lisa surihani..hee...(~_^)v "

p/s : ujang9897 suka kentut~

Saturday, February 26, 2011

Misi menCari Buai Datuk Dr. Sheikh Muszaphar "Broga Hills.. "

Assalamualaikum wbt.. alhamdulillah.. 
tercapai gak impian nak mendaki BROGA HILLS.. 

lokasi?? kat semenyih..

tujuan?? nak tengok buai Syeikh Muzaffar.. ..hehehe...xda la..nak tengok sunrise tapi macam dah lewat jd layan ja apa yang ada.. (^^_

dengan siapa?? kawan2

best ke x?? 

heheh... best!!! 
dapat tengok alam ciptaan Tuhan yang indah,

 dapat tengok sorang pacik ni kejar anak sedara dia time nek bukit

 dapat tengok orang wat photoshoot

 dapat tengok anjing HUSKI kat 2nd hill tengah bergambar ngn tuan dia

dapat rasa angin sepoi2 ribut..=^^=

dapat tengok banyak kasut tergantung kat pokok Datuk Dr. Sheikh Muszaphar r~ heheh..tapi buai da ilang~ wuuu...
rasa cam nak naik lagi...overall, saya suka hiking...suka lari-lari bila turun bukit..den x bley stop..hik3~.. ^^ sila lihat gambar 2 kat bawah ya~

bukit pertama yang perlu didaki~ fuhh...


ni rasanya bukit ketiga~ naik atas batu..sila buat trademark~ hik3~
panjat batu ni..agak tinggi..tapi beranikan diri jugak sebab nak tunjuk tough (konon0konon)~ hik3~

ada orang tertinggal kasut..x tahu la sapa punya...tapi buai yang dicari dah x ada..
kata abang tu " buai tu dah x da.." tu ja dy ckap..

nak pergi tangkap gambar kat sana tapi tetiba segan bila ada model tengah posing "sipu2 malu" (^^_



at da top!!! tapi diriku masih cam kecik...aii budak kecik..bila la saya nak besau~ huh!


jumpa batu belah batu bertangkup~ heheheh...nasib baik x tersangkut..


lagi satu.. "malu2 sipu2"



p/s : syukur dapat naik dan turun dengan selamat.. BROGA hills 2011 (Feb26)

Friday, February 25, 2011

.One Piece aka Budak Getah!!

saya suka ANIME?? biar betul... heheheheh...seriously!!! saya suka anime dari budak2 lagi..start dari Dragon Ball sebab pengaruh dari 4 orang abang2 yang sememang nya suka benda2 camni.. tapi yang paling best adalah One Piece la!!! hehehe.. dari skolah menengah lagi duk mengadap mangga tu.. tiap2 bulan mesti pergi kedai komik..cari ONE PIECE (dulu jakun sket bab2 internet ni) siap kongsi ngan kawan laki lagy time tu.. gilir2 beli sebab duit x sempat nak simpan.. ( waa.. rindu kat izdiharuddin (usoop)  & Kimi (raja lanun) ) main hentam ja bagi nickname kat korang...hahahaha..anyway, One piece ni sgt best!!! mencabar minda..pasal impian lanun!! waa..cari harta karun yang ditinggalkan..jadi yang terhebat!!  tapi lama tol nak bley abes.. pape pon jangan sangka dak kecik n cumei macam saya ni x suka tengok anime!! hehehe...






p/s : nak kejar impian cam diorang jugak x bley cepat putus asa.. kena rajin..kena adapt dengan keadaan.. selagi boleh berusaha..selagi ada daya..selagi tu kena teruskan.. hehehe. GO!! fighting!!

Thursday, February 24, 2011

contest KUCING paling COMEL



ada apa dengan contest ni?? heheheh..mestilah sekumpulan peminat n penggila meow yang akan join!!! aku pun x terkecuali sebab bagi aku meow adalah tempat untuk aku tersenyum saat aku kesedihan...dapat garu2 belakang diorang pun dah bagi seribu satu rasa tenang time ak tensen..(^^_






ni gambar meow2 ak yang cumei2.. hehehe.. dari kiri : fateen, kassem & bullat ( mak kassem & fateen)
nak dijadikan cerita...fateen ni hitam warna dia..& time lahir tu dia kecik ja berbanding si kassem tu.. tapi aktif cam apa ntah..seb bek idop.. sekarang ni fateen da bunting.. asanya da dekat 4 minggu, cumei gila sebab badan dia kecik tapi da bunting~ hheheheh...







 gambar ni plak tentang si kassem yang hansem.. heheheh.. dia ni jenis prasan sket n suka kat kamera...pantang ja nampak kamera mesti nak posing la..hehehe.. si kassem jantan penakot.. penah skali tu ada meow jiran datang rumah.... dia lari n cakar2 pintu rumah kitorg mintak nak nyorok lam umah..klaka gila tengok muka dia time tu..heheheh...


kepada 3 orang ni yang juga bdak suka meow~ ak nak tag korang ek..



Sunday, February 20, 2011

kalau budak kecik nak kenalkan diri boleh??


assalamualaikum... setelah hampir SEBULAN jadi blogger walaupun x reti sangat akhirnya baru ada keberanian nak introduce diri sendiri..

ehem2.. nama tu dirahsiakan lah..hehehe.. just boleh panggil "janna" suka dengan nama ni...tapi ramai panggil saya budak kecik..mungkin sebab saya kecik ssangat kot...heheh.. sekarang ni masih sebagai student Bioperubatan tahun ketiga Universiti Putra Malaysia. Umur saya baru 21 tahun... Suka senyum  suka soya....sebab tu nama blog saya "SenyumSEINDAH kachangSOYA"  

kat bawah ni antara gambar2 saya sepanjang kat bumi UPM yang menghijau.. 
salam PERKENALAN dari saya.. (^^- 

buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan

heheheh...senyum tutup mulut
bdak2 lagi~


heheheh..suka tangkap gambar ramai2... =^^=

ni dengan coursemates..heheh..time dinner... hepi sangat!!


p/s :Ya ALLAH, andai aku gembira, gembirakan lah juga hati-hati rakanku yang lain... amin~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...