Thursday, December 20, 2012

suara di R.A.D.I.O

Bila dengar pemanggil dapat call DJ IKIM, Hot Fm, Trax, ERA .... tak kira lah tanya soalan, bagi pendapat, dan ada je yang telefon sekadar nak cakap dengan DJ. Boleh dengar rasa gembira, teruja, seronok di suara diorg.



Tu baru dapat suara ke udara di radio. Kalau suara sampai ke langit? dengar terus ke Maha Pencipta? sampai Malaikat semua dengar?

-Jaga Allah dalam hati, jauhkan haram, zikir dan doakan juga untuk orang lain.^^- 

Quote from someone ^^



Sunday, December 02, 2012

:: S.I.B.U.K ::



Dalam melayan masa, 
ada antara kita yang sibuk,
sibuk dengan kerja,
sibuk dengan kawan2,
sibuk bermain-main,
sibuk dengan pelajaran
sibuk dengan pelbagai urusan,

namun,
walaupun sibuk,
ada antara kita yang sentiasa sibuk,
sibuk menulis amalan kita,
kiri dan kanan,
setiap masa 
setiap ketika

kita bagaimana?
ada kalanya kita lalai
ada kalanya kita leka
dengan urusan dunia,

namun,
cuba cari masa,
walaupun seketika
walaupun sekadar sesaat dua
dalam kesibukan kita itu,
untuk mengucap..

Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillah, Allahuakbar
Allah sayang kita.
makhluknya di dunia

dan juga

diakhirat.

InsyaALLAH ^^


p/s : terkesan bila hadir majlis akad nikah yang tersayang.... masih sempat membaca al-Quran disaat waktu ijab kabul sedetik lebih =) mabruk . Semoga perjalanan sebagai hambaNya berakhir di tempat yang terindah.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...