Saturday, August 27, 2011

:: kepada A.H.M.A.D ini S.I.T.I ::




Assalamualaikum wbt.. 

‎"kepada Ahmad.Ini Siti.Disebabkan kau anak yatim,aku dengan kawan-kawan kumpul duit raya nak kumpulkan & bagi kat kau.selamat hari raya.minta maaf ye". 

Tulisan kad raya(lebih kurang) dari seorang budak DARJAH 3 kepada kawan sekelasnya.Bunyinya kasar,tapi keprihatinan dia sangat dihargai.


p/s :: Berbanding orang dewasa yang diberi amanah,tapi masih ambil harta anak yatim.
Pengajaran kepada kita semua.lebih-lebih kepada yang lebih dewasa.

thanks to : senpai Uzair for this message ^^"


ni mr.Lim & Mr.Oi..my coursemate..
gambar takda  kena mengena ngn entri ....^^" sila abaikan






Thursday, August 25, 2011

:: tak dapat D.U.I.T raya ^^" ::





Assalamualaikum wbt


" achik...rasonyo tahun ni Kimi dok leh duit rayo doh la "
kata si sepupu yang tahun ni nak amik SPM


"bakpo pulok..kae sumo kelik tahun ni, abe Yi, mat Akem , abe Pidauh, pok Loh sumo kato kelik..."
jawab saya...


" ore misa jangguk doh loni..tak dop sapo doh la nok bui....napok supo pok ore doh kimi..gano ni achik?"
balas dia sambil buat muka seposen.....hahahha, saya dah senyum kambeng dah time ni..sambil start menyakat dia..


"heheheh....achik jugok la ganah, umo 21 tahun pun oghe bui duit rayo lagi..hik3..sie ko kimi..xpo2 t try ngepa banyok nga abah tahun ni deh.."
kata saya sambil gelak jahat..hahahha!


"dop aci lagu ni T.T~"
pastu dia p masok bilik adik laki saya..on PS2, layan PES2011 katanya... ^^"


heheh..dari keluar dari perut mak, pandai merangkak sampai la umor 21 tahun..setiap kali salam ngn sape2 time raya mesti dapat duit raya...beruntung gak jadi saya..errmmmm tahun ni masih nak ambik duit raya tak kalau orang hulur? ke nak cakap dah 21 tahun? ^^!  mungkin masih berpura2 budak kot sebab duit xda..hehehhe


p/s : kalau tak faham bahasa kat atas sila google translate...^^"
Untuk akhirnya, nikmatilah Hari Raya Aidilfitri ini sebagai suatu tanda kemenangan kita menewaskan hawa nafsu dalam Ramadan yang telah berlalu. Semoga kunjungannya kali ini menjadikan kita sentiasa insaf dan bermuhasabah serta lebih bersyukur.


<>

muka time pergi majlis kawen anak prof dekat PJ..^^" jakun bawak kete dekat Bukit Jalil.. seb bek x da polis mintak IC mahupun lesen.. jap2..dah hampir stahun dapat lesen tanpa menggunakan tanda "P"




Wednesday, August 24, 2011

Tuesday, August 23, 2011

:: Adik T.A.K.P.U.A.S.A ya...^^" ::

Assalamualaikum wbt...

"adik tak puasa ya...heheh"
kata saya sambil senyum sipu2...

"puasa separuh hari kak.."
kata kebanyakan diorg..^^"

tu la kerja saya...
sakat budak2 balik sekolah..
bdak2 darjah satu or dua..
tengahari ja mesti diorrg datang kedai..
beli eskem, air kotak & roti...
nasib baik tak makan depan saya...



p/s :: time saya budak2 dulu abah suruh puasa separuh hari..macam bdak2 tu jgak..^^!



Monday, August 22, 2011

:: N.A.M.E in someone's D.O.A ::


 Assalamualaikum wbt.


Today if u have planted a hope in any hopeless heart,if someone's burden was lightened because u did ur part,if u caused a laughter that chased some tears away,if tonight your name is mentioned in some1's doas,then ur day has been well spent!. wishing u a IMANful, HEALTHful, RAHMANful, SABARful day!!! 

credit to :: Iziani ^^"


nah...saya bagi bunga ni..bunga kaktus ...susah nak dapat tapi sgt cantik  ^^"

p/s :: jari2 terasa nak petik butang keyboard




Saturday, August 20, 2011

:: ini P.E.L.U.A.N.G kita ^^" ::



Assalamualaikum wbt


Ya Allah berikanlah kami kekuatan fizikal, mental dan spiritual untuk memanfaatkan 10 hari terakhir Ramadhan ini dgn amalan yg ikhlas lagi diberkati. Seterusnya dikurniakan keampunan...Carilah Lailatul Qadr.


Milik Allah jua segala pengetahuan. Yg sulit, yg ghaib, yg tersembunyi, yg mendasari hati seorang insan. Kerna itu, tatkala diri dalam dilema, istikharah & berserahlah pada-Nya setiap keputusan.. He's always the best planner.. Dia tidak akan mengecewakan hamba-Nya yg berserah diri.. InsyaAllah...
( Sis Azizah OAMP II )


mungkin ini entri last untuk Ramadhan ini..so, sama2 kita kejar kemuliaan Ramadhan & kenikmatan Lailatul Qadar..

p/ :: Salam Aidilfitri & Maaf atas segala tingkah laku dalam blog saya..andai ada terguris, andai terasa,andai terkata, andai tersalah andai terkasar.....harap diimaafkan.. 
semoga diberi peluang untuk bertemu lagi..
insyaAllah.. ^^"
doakan yang terbaik untuk semua..





( BW mungkin berjalan  ^^")


:: T.A.M.A si "Super Station Master" ::




Assalamualaikum wbt... 

apa perasaan anda bila tengok densha or kereta api macam ni??




atau meow yang pakai topi camni??




bersama cik froggy...haiwan legend..^^"





comel? kiut? cool? ^^" 


meow belang kat atas ni namanya Tama adalah maskot sebuah syarikat densha kat Jepun ni... si Tama ni akan duduk dengan rileksnya kat pintu masuk Stesen Kishi..kerja dia? macam model..errr...lebih kurang la.. dia akan bergambar dengan pelancong yang datang ke stesen tu.. bergaya betoi..^^" hik3.. Last2 Tama dinaikan pangkat jadi "Super Station Master"


best dapat jadi Si Tama ,bermula ngn jadi kucing kurap..ehh..silap..panggil kucing jalanan sopan sket kan? akhirnya si Tama ni jadi fofular dikalangan pelancong yang datang ke stesen tu.. gaji dia?? dapat makanan & jagaan rapi oleh pengurusan kereta api.. kira okay la kan..hidup terjaga, bagi duit pun bukan reti guna beli baju....^^:" bertambah menarik kisah si Tama ni apabila dia ada pejabat dia sendiri dengan 2 orang.. silap..2 ekor pembantu.. Si Chibi & Si Miiko...sgt comel!! ^^"


okay, actually ini merupakan budaya orang Jepun menggunakan kucing utk meningkatkan pendapatan sebab kucing dipercayai dapat membawa keuntungan..hehhehe...jom kaitkan dengan agama kita, Islam.. berbuat ihsan kepada haiwan...contoh terbaik tentang kucing ?? jom kita usha2 cerita ni


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, time nabi nak ambil jubahnya, Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak  nak kacau haiwan kesayangannya itu, nabi pun potong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada Nabi. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali.

Dalam keadaan lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di letak dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah ia selalu mengiauw ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.Kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyanyangi keluarga sendiri



Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberi amaran :

دَخَلَتْ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا فَلَمْ تُطْعِمْهَا وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ.

Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah. [Shahih al-Bukhari – no: 3318]



p/s : biasanya kalau kat Malaysia..kucing jalanan ni dipandang hina & di layan cam sampah, kena sepak tendang terajang oleh orang yang lalu lalang..ye dak??  situasi yang biasa kita tengok...apa kata kalau kita cuba ber"ehsan" dengan mereka..sebab kucing pun makhluk Allah jugak... renung-renungkan ya.. ^^"




sumber  ::  1. Rasulullah SAW & Kucing 
          2. ARENA isu 12, 2009






Friday, August 19, 2011

:: Antara G.I.T.A.R dan L.O.L.L.I.P.O.P ::


assalammualaikum wbt


"dalam hiburan ada ketenangan,dalam lolipop ada kemanisan"
pilihan ditangan kita  ^^"








credit to : Sis Jie





Thursday, August 18, 2011

:: U.R.G.E.N.T !! sedikit bagi kita, besar bagi mereka ::


Assalamualaikum wbt

sila sebarkan ^^"

SEGERA: GPM kini sedang berusaha mengumpul bantuan kewangan untuk membantu meringankan beban umat Islam di Somalia yang sedang menjalani ibadah puasa tanpa bekalan makanan yang cukup dan kemarau yang dahsyat. Mohon sebarkan maklumat ini. Sumbangan tunai anda boleh disalurkan melalui akaun bank berikut:

BIMB : 14-023-01-002922-4

Maybank: 5642-2161-1602

Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-6188 3230.


p/s :: Semalam kutipan yang diusahakan oleh sukarelawan GPM di bazaar Ramadhan Kelana Jaya berjaya mendapat RM370 dalam tempoh sejam. Usaha yang sama akan diteruskan pada hari ini di perkarangan Masjid Jamek KL.Hari ini akan diteruskan lagi untuk kutipan di sekitar kawasan Pasar Seni pada sebelah pagi dan bazaar Ramadhan di sebelah petang  


untuk maklumat terkini perkembangan sila tekan 



:: H.A.P.P.Y go L.U.C.K.Y ::



Assalamualaikum wbt...

sampai sekarang orang panggil saya kanak2 happy go lucky...
walaupun umur dah mencecah 21 tahun dan 6 bulan lebih2...
heheheh...mungkin sebab saya suka senyum ^^"
actually muka tu mmg dah senyum..x senyum pun org nampak senyum..hik3~
kadang2 tu senyum tu kat luar ja.. kat dalam tu hanya tuhan ja yang tahu...

semoga setiap senyuman dari kita adalah sedekah yang mendapat pahala disisi Allah...
insyaALLAH..



macam garfield....waa...satu kenangan dari dia ^^"


jom hayati bacaan ni...doa time sujud antara dua sujud... semoga doa tu mampu buat kita tersenyum..jom sama2 hafal maksud dia nak?



Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Warhamni (sayangi aku)

Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (Angkatlah darjatku)

Warzuqnii (Berilah aku rezeki)

Wahdinii (Berilah aku petunjuk)

Wa’Aafinii (Sihatkan aku)

Wa’fuannii (Maafkan aku)




Wednesday, August 17, 2011

:: Wordless Wednesday #11 ::



assalamualaikum wbt..



p/s :: "my name is Sugi. I am 11 years old.I am from Kg.Mu" ::
the smartest orang asli I ever met..miss him ^^"




:: Wordless Wednesday #10 ::



Assalamualaikum wbt...



p/s :: teringin nak dapat anak kembar ^^"




:: 'UCAPAN AIDILFITRI: DARI SAYA UNTUK EQBALZACK' ::



Assalamualaikum wbt...





so..abg Eq... ni kad raya saya....
spesel utk abg Eq ngn kluarga...( heheheeh ^^")


sesape ada nak duit raya tak? hehehhe..abg Eq nak bagi duit raya.. sape yang rasa masih kanak-kanak comel umur bawah 17 tahun bley la nak join..hik3~
nak duit raya..nak duit raya!!!




sesape nak join bley la klik SINI or klik kat banner cool ni.. ^^!





Tuesday, August 16, 2011

:: menuju P.U.N.C.A.K ~ ::

Assalamualaikum wbt...

‘Sesungguhnya setiap amalan tergantung niatnya, dan setiap orang akan mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya karena dunia yang ia harapkan atau karena wanita yang ia nikahi, maka hijrahnya itu menuju yang ia niatkan’” (HR. Bukhari dan Muslim)




gabenor tanya..
'Are you Syuhadah's younger sister? "

saya jawab...tanpa mengira grammar yang hancus...sambil senyum macam kerang busuk...^^"
"nice to meet you Dato'...I'm her older sister , 3rd year Biomedical Science student....UPM."

"ooo...such a nice family you have here..be a better person..make the country proud, never give up and keep smiling....i like both of yours' smiles"
while her finger pointing at my sister nearby. terEnglish plak...hik3 nak jugak cakap senyum comel..hehehe..

teringat time pergi satu majlis tu..dengan adik ngn abah saya...kami dirai macam VVIP..hehheeh..^^"  dapat jumpa dgn gabenor bank negara Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang kiut miut dan comel tu.. beruntung adik saya dapat Anugerah Kijang emas oleh Bank Negara..paling saya suka?? sempat salam ngn gabenor..blink2!! x percaya..gosok2 mata sket...


dia berbaju kurung biru ^^"


kata2 beliau buat saya bersemangat untuk terus belajar dan berbakti...such a sweet and humble woman she is..=^^=" papepun....kena selalu ingat... 

yup..kena selalu ingat..kalau niat kita nak berjaya dalam pelajaran sebab nak dapat result gempak ke, nak makan ngn gabenor ke, nak dapat anugerah ke, last2 kita akan dapat kalau kita betul2 usaha...macam ayat kat atas..tapi apa guna kan? 


p/s :: jadi..papepun niat kerana Allah..insyaAllah..dunia dapat, akhirat pun dapat kan?
tak susah....Allah selalu ada ngn kita..sama2 kita betulkan niat....saya sendiri pun selalu lalai dan leka dengan niat ni.. niat belajar sebab nak dapatkan degree pastu kerja best,pastu kawen ngn putera katak err..pastu bla..bla.. selalu lupa niat kerana Allah...jadi, kena slalu istigfar..betulkan niat balik..perbaharui...insyaAllah..kita cuba sama2 ya..^^"

teringat time kecik2 dulu puasa sebab nak raya...x puasa x bley raya...
heheheh..jangan plak niat puasa tahun ni sebab nak sambut raya plak ya... hik3~



Monday, August 15, 2011

:: kuceng yang B.I.S.U ::



Assalamualaikum wbt..salam 15 Ramadhan ^^"


saya ada meow, nama Fatteen..hitam legam, kecik molek.. sudah pregnant dua kali.. anak latest dua ekor..hitam jugak....^^ dia sopan berbanding abang dia Qassem..
kalau masuk rumah..x da bunyi....diam ja.. x pernah mengiauww.. kadang2 terfikir gak.. bisu ka meow ni..ishh...

kalau ada orang dia akan jalan belakang orang tu..x pernah dia jalan depan orang..nasib baik x ckp
" fatten tumpang lalu ya macik....." 
heheheh..

paling best.. time makan.. bila letak nasi dalam pinggan dia.. dia mesti konpem pandang kita dgn mata berkilau2.. macam ucap terima kasih....tuan rumah angguk dulu..then baru dia makan..
kalau dia nak keluar.. dia tak buat bising..dia dtg dekat tuan rumah... gesel2 sket....tenung mata tuan rumah... then, terus pergi depan pintu rumah..duduk diam2 depan tu.. masih senyap..lagi sekali.. ^^!


p/s :: abah cakap meow Fatten tu "warak"..sebab kalau jalan dia tengok bawah.. x pernah nampak dia angkat muka time jalan...
"lowering her gaze" bak kate adik... manusia pun kenalah bersopan & menundukkan pandangan kan.. lebih2 lagi bulan puasa ni..^^"




yang hitam tu fatten..yang tgah tdoq tu Qassem..len kali saya share kisah Qassem ya..









Sunday, August 14, 2011

:: R.O.M.A.N.T.I.Knya mereka ::



Assalamualaikum wbt...

paling saya suka...
bila jalan2..
tengok orang lalu lalang..
terutama pacik macik..
warga emas..
sudah kawen
pacik pimpin tangan macik..
jari2 bertangkup kemas..
dari awal sampai akhir..
bagi saya..
romantik  ^^"






p/s : kat kelate susah nak nampak view "seromantik" itu.. kalau yang kapel muda blom kawen ramai...yang tu tak romantik ya adik2...pas kawen hingga tua pegang tangan itu baru romantika de amor....pahala pun dapat kan? ^^"





Friday, August 12, 2011

:: lelaki suka duduk dalam G.U.A perempuan suka C.A.K.A.P ::


Assalamualaikum wbt...


"To feel better Men go to their caves to solve PROBLEMS ALONE
To feel better Women get together and openly TALK about their PROBLEMS" 


errmmm.....kena saling memahami..kalau laki nak duduk dalam gua perempuan kena biar dulu....ni ego laki kot.. nak settle problem sorang2..x mou share..betul ?? perempuan plak kalau da masalah tu kalau bley semua org yang rapat ngn dia dia nak gtau..hehehe...jadi laki kena la jadi "good listener" bak kata omputih.. betul?? ( sesuai utk mereka yang berumah tangga dan bakal berumah tangga ^^" )


p/s : betul ke tak? pendapat anda ?? 
hehehe.. gelak comel!! (tiru gaya blogger ni)
entri ni refer kat entri blogger atas tu..^^"


credit :: Men are from Mars Women are from Venus





:: Travelog C.I.N.T.A~ medical check up & chak raya!! ::


Assalamualaikum wbt...
hari yang sama dalam Travelog C.I.N.T.A~ gigiku sihat ~ kitorang adakan booth untuk check kesihatan penduduk orang asli..alhamdulillah ramai yang datang...sampai abes semua ubat-ubatan yang dibawa oleh pasukan doktor2 UIAM..tahap kesihatan masyarakat kat sini ok jgak la since diorang dah tak duduk kat atas bukit..kerajaan dah bagi rumah yang selesa and diorang amat2 pembersih..sakit2 biasa tu adalah..demam, selesema sket2 ^^"


bersemangat adik ni telan ubat cacing.. bagi ubat cacing ni sebab diorg tak suka pakai selipar kat luar rumah.. maka kemungkinan besar cacing senang nak idup..dan.. ubat cacing laku macam goreng pisang panas aritu..beratur-atur adik2 ni disuap oleh.. err...maybe doktor tu ensem kot..hehehhe ^^!

then..chak RAYA!! chak raya or in other word adalah kenduri ni merupakan aktiviti wajib la bila masok perkampungan org asli.. macam2 aktiviti disediakan.. makanan?? emmm..sedap!! tomyam ayam & daging ditambah sayur2 cameron yang segar..memang sape tak makan rugi la..hehehe
so,  x mou cakap byak2.. kita usha2 gmba ya..



brothers tengah basuh ayam..



ni malam.. lepas solat magrib,isyak & err...sedikit jadi ustazah... kitorg makan ramai2..diorg ni jarang2 ja dapat makan nasi..so ni kira rezeki yang besar..alhamdulillah..rezeki.. comelkan baby yang duk atas belakang "amek" tu..


ni persembahan dari brothers..sedikit nasyid..



ni plak pasukan tarian Kg.Leyar..mantop..lagu diorg..
"miskol lagi..miskol lagi.." hehehhe



ni malam persembahan...tergelak kami tengok diorg..pasukan ni pernah buat persembahan depan Yang Dipertuan Agong tahun lepas kalau tak silap..^^"



ni... errr....makan dalam dulang.. abaikan brothers tu ya.. saya pun kurang pasti apa dia buat..hehhehe..



p/s : makan dalam dulang ni best!!!
alhamdulillah..kita memberi orang menerima..rajin2kan tangan memberi insyaALLAH kita pun dapat rasa nikmat jgak.. ^^"
~share the beauty of islam..~


Wednesday, August 10, 2011

Tuesday, August 09, 2011

:: checklist R.A.M.A.D.H.A.N # 2 ::

Assalamualaikum wbt...

jom kita tengok checklist minggu #1 Ramadhan!! (<----- klik2 )
amacam?? kalau semua dah buat.. Alhamdulillah.. minggu ni masuk minggu kedua puasa kan..
apa kata kita upgrade amalan kita.. saya pun tengah cuba2 untuk upgrade..
dapat saham akkhirat tau..insyaALLAH..buat dengan ikhlas...^^"

jadi apa lagi..kita TOPUP kan amalan kita untuk minggu ni..gabung dengan minggu lepas..
boleh ja...insyaAllah ^^! kita sama2 buat okay?

" checklist untuk minggu kedua puasa "


Solat sunat tahajjud
Solat sunat hajat
Membaca al-Ma'thurat at least dua kali (pagi & petang)
Niat yang baik sebelum bekerja/belajar
Solat sunat dhuha




(Solusi,2011)
p/s :  pesanan untuk diri saya sendiri...^^"
jom perbaiki diri !!! semoga perubahan di bulan mulia ni berkekalan untuk sepanjang tahun..insyaALLAH





Monday, August 08, 2011

:: kad raya P.E.R.T.A.M.A !!! ^^! ::

Assalamualaikum...

terkejut bila posmen datang tadi...
hantar kad raya..
nama saya..
alamat saya..
betul2 depan tangga..
ni dia kad raya
untuk saya 
dari dia




p/s :: maceh abg Eq.. bangga ada nama fakulti & universiti.. bak sini alamat rumah..nak hantaq kad jugak  la..bley?? ^^!



:: errrr..merisik khabar.. ^^" ::


Assalamualaikum wbt...



tengah syok kemas halaman rumah dengan gigih ditemani meow Qassem & meow Fatteen
tetiba seorang macik datang dengan kete besor sambil bertanya..


" awak ni dah ada ke belum? kalau blom anak macik ada"

"errr..."





solution  
lari amik kunci kete kancil kecil , start enjin, menghilang...maaf macik....sekian~

p/s : hati masih sama... maaf macik   ^^"

:: kmpp 07-08 ::



Saturday, August 06, 2011

:: Travelog C.I.N.T.A~ gigiku sihat ::

Assalamualaikum wbt..

entri kali ni adalah sambungan untuk travelog CINTA~ belajar  
alhamdulillah..hari ketiga kami di Kg.Leyar.
rakan-rakan dari UIA ada buat satu aktiviti ni.. "gigiku sihat"
kak ina suruh saya jaga adik2 yang bakal join aktiviti ni..

nak tahu apa?? jom kta intai2 gambar dibawah..



ni adik ni tengak kumur-kumur air paip lepas gosok gigi..actually aktiviti adalah untuk ajar cara-cara yang betul gosok gigi..aktiviti dimulakan dengan kak yana distribute berus-berus gigi kat adik2 ramai yang datang!!..masing2 sanagt gembira bila ktorg bagi berus gigi tu sebab ada yang tak mampu nak beli berus gigi T.T  then..sorang brother ni.. saya tak ingat nama apa (gomen nasai ^^") ajar adik2 ni cara gosok gigi...


ni adik2 perempuan tengah tunggu turn nak belajar cara gosok gigi..kalau tanya saya apa perasaan handle diorng gosok gigi ni saya akan cakap...

"nak tergelak pun ada"
sebab?? ramai yang macam pelik nak gosok gigi..macam2 bnda diorg buat kat berus gigi tu..yang paling best ada pergi kat tingkap gosok berus tu kat tingkap.. jadi berus tingkap la plak.. tapi ramai ja yang tahu fungsi berus gigi tu..alhamdulillah..berjaya gak aktiviti ni


ni gmbar adik yang tengah syok gosok gigi.. heheh.. saya kira.. dlm kalangan adik2 laki dia lah yang paling pro gosok gigi..adalah 2,3 kali duk ulang datang kat saya mintak nak tambah ubat gigi..hheheh.. at least bila saya suruh dia tunjuk kat saya macam mana gosok gigi dia bley tunjuk cara gososk yang betul..
mana la hati ni tak rasa gembira bila tengok diorng berminat nak gosok gigi..

biasanya masyarakat orang asli ni suka kunyah pinang ngn sireh pagi2..so..gigi diorg dah jadi macam agak teruk la.. teringat satu hari tu.. time ziarah.. saya, bro don, ngn bro firdaus diberikan pinang oleh sorang amek ni untuk dikunyah..dalam terpaksa kunyahlah pinang tu sambil senyum.. lepas abis ziarah saya x bley tahan sebab pinang tu rasa cm kulit kayu.. terus buang..then diikuti oleh don kalau tak silap..tup2 yang abeskan adalah bro firdaus sebab dia cakap nenek dia pun suka makan sireh pinang..
"sou desu ka..." x pa la..saya still x bley telan pinang tu..maaf~

p/s : bersyukur dengan nikmat hidup kita.. alhamdulillah.. ALLAH bagi kita nikmat hidup yang senang berbanding masyarakat orang asli tapi ramai yang kurang bersyukur.. melihat diorng xda langsung berus gigi membuat saya rasa nak nanges...bila dapat tu terus ucap terima kasih..kalau tengok bdak2 sekarang bape kerat yang reti ucap terima kasih bila terima barang.. hopefully we can build a better generation ..insyaAllah. a generation that always be thankful for what we have and share the beauty of islam..


Friday, August 05, 2011

:: bukak P.U.A.S.A !! makan secara sederhana ::


Assalamualaikum wbt..

hari ni dah masuk hari keempat Ramadhan kan? waa.. cepat kan.. macam mana checklist?? ada perubahan? kalau ada alhamdulillah kan.. yang mana yang bocor tu cepat2 kita tampalkan.. kasi tak keluar sepanjang tahun..insyaALLAH...

saya rasa ramai antara kita yang makan dengan berlebihan time bukak puasa.. x ketinggalan juga saya.. kadang-kadang tu lebih-lebih lagi time awal2 bulan puasa ni kalau bley setiap ruang dalam perut tu nak diisi dengan makanan semaksimum mungkin kan..sebab? lpar...13 jam puasa tu..mahunya kebulur..^^~
so..saya nak share something tentang berbuka puasa ni iaitu cuba untuk makan dengan kdar yang tidak berlebihan di bulan ramadhan yang mulia ni.. 

Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:

Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.
(Surah al-`Araf:31).
    jom kita tengok2 hadis Rasulullah S.A.W ni..
    “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”
    (Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).
ramai yang salah faham dengan hadis ni sebab menyangka Rasulullah S.A.W suruh jika kita makan, satu pertiga utk makanan, stu pertiga untuk minuman dan satu pertiga utk pernafasan atau udara..kalau diteliti balik hadis ni sebenarnya bukan macam tu.. pembahagian tu adalah had maksimum..kalau boleh lagi kurang lagi molek sebab Baginda ada menyebut jika tak dapat, maka makanlah tidak melebihi pembahagian tadi..namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.
atau nak senang...
"makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.. ^^!"




p/s : so..jom kita amalkan berbuka puasa secara sederhana..tak membazir dan bersyukur dengan nikmat makanan kita tu.. insyaALLAH..puasa kita lebih nikmat dan bertambah pahala dibulan Mulia ini.. ^^~

Thursday, August 04, 2011

:: Wordless Wednesday pada Thursday #1 ::

Assalamualaikum wbt..





p/s : xdapat on9 selama 4 hari...red tanya mana WW saya..
 so atas permintaan.. ini yang dapat dikongsi.. ^^~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...